KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 10 Julai 2014

Tarap.. Buah Kegemaran Orang Sabah


Buah Tarap merupakan buah yang amat popular di Negeri Sabah. 
Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah
Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar. Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.


Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulitbuah Tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga.

Bahagian interior buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian interiornya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.
Buah Tarap biasanya akan dituai tatkala ia masih lagi keras, dan ada juga yang dibiarkan untuk masak sehingga strukturnya menjadi benar-benar lembut. Tarap juga akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu kepada hijau kekuningan apabila masak. Buah Tarap biasanya akan terkopek sendiri apabila masak. Penuai akan memastikan kerja-kerja menuai dilakukan dengan begitu cermat dan teliti. Ini kerana buah tarap yang masak ranum berstruktur lembut dan kulitnya yang terbuka akan mudah jatuh apabila tangkai buahnya cuba dipusing dan dipulas. Buah tarap yang jatuh dari dahan yang tinggi akan mudah pecah sepenuhnya ke tanah sehinggakan buah tarap yang jatuh ke tanah seakan-akan hilang sepenuhnya.

Inilah buah kebanggaan orang Sabah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik