KLIK.. Peluang Anda

Jumaat, 18 Julai 2014

Perintah Berkurung di Perairan Enam Daerah di Sabah

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah mengisytiharkan Perintah Berkurung mula dikuatkuasakan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) jam 6 petang ini hingga 6 pagi esok. 

Ia akan akan berlanjutan hingga tempoh tidak melebihi 14 hari membabitkan enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. 


Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, yang membuat pengisytiharan itu, di sini, sebentar tadi berkata, ia membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke jati Tawau di selatan. 

Beliau berkata, sepanjang tempoh perintah berkurung, tiada sebarang aktiviti termasuk menangkap ikan dibenarkan di kawasan terbabit.


sumber : bharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik