KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 24 Julai 2014

Kasih Ayah

Kasih bapa
DEMI memberi peluang kepada anak lelakinya yang lumpuh melihat tempat paling indah dalam negara, James Geier, 60, dari Logan sanggup membawa Jonah mendaki Taman Negara Arches di Utah menggunakan kereta sorong.

Geier, seorang pesara kerajaan dengan tabah menarik remaja berumur 18 tahun itu hampir 5 kilometer di atas laluan batu pada ketinggian lebih 152 meter supaya anaknya boleh menikmati pemandangan terbaik di situ.

"Kami sekeluarga mempunyai hubungan yang baik dengan Jonah. Dia seorang rakan dan peneman terbaik yang pernah kami miliki," katanya kepada Daily Mail.

Keluarga Geier gemar mendaki dan telah mula mendaki sejak anak-anaknya masih kecil. Disebabkan itu, Jonah dilihat sangat teruja setiap kali mereka sekeluarga mengunjungi tempat baharu yang mempunyai pemandangan menarik.

Difahamkan, isteri Geier, Laura mengambil gambar mereka berdua untuk dihantar ke pertandingan tahunan 'Kongsi pengalaman anda', namun penganjur membuat keputusan berkongsi gambar tersebut kepada orang ramai.

Sejak itu, gambar tersebut telah di like lebih 10,000 kali dan menerima lebih 200 komen balas di laman sosial selain menggelar gambar dua beranak itu sebagai begitu menyentuh hati dan kasih suci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik