KLIK.. Peluang Anda

Selasa, 22 Julai 2014

Gol James Rodriguez dinobat gol tercantik Piala Dunia


MADRID: Jaringan voley menakjubkan bintang Colombia, James Rodriguez ketika menundukkan Uruguay dinobat gol tercantik di Piala Dunia Brazil.

Kecemerlangannya di Brazil turut menyaksikan Rodriguez, 23, disambar kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan ketika ini sedang menunggu untuk didedahkan kepada peminat dan media sebelum menyertai rakan sepasukan barunya yang sedang mengadakan persiapan pra-musim di Miami. 


Menurut laporan, Real terpaksa membayar di antara 75 dan 80 juta euro (RM343.2 juta) untuk mendapatkan bekas pemain kelab Perancis, Monaco itu. 

Nilai Rodriguez memuncak dengan kejayaannya meledak enam gol di Piala Dunia untuk memenangi anugerah kasut emas sebagai penjaring terbanyak. 

Dan dalam undian di laman web badan induk, FIFA.com, jaringan voley ketika menentang Uruguay di pusingan kedua dinilai gol tercantik kejohanan selepas meraih lebih daripada empat juta undi, lebih tiga perempat undian keseluruhan.

Tandukan menarik Robin van Persie ketika menentang Sepanyol di peringkat kumpulan kedua.

Jumlah jaringan Rodriguez yang sebelum ini dibeli Monaco dengan nilai 45 juta euro (RM193 juta) dari Porto setahun lalu meningkatkan reputasinya di peringkat dunia. 


Jika jumlah yang dikeluarkan Real disahkan, dia bakal menjadi pemain keempat termahal dunia di belakang Gareth Bale, Cristiano Ronaldo (kedua-duanya dari Real) dan Luis Suarez yang menyertai Barcelona musim lalu. - AFP

sumber : http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik