KLIK.. Peluang Anda

Ahad, 20 Julai 2014

Dua pengawal parah ditetak

Georgetown: Dua pengawal keselamatan parah selepas mereka diserang dan ditetak kira-kira 15 lelaki dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Batu Ferringhi, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20-an sedang bertugas dan berada dalam pondok pengawal di pangsapuri berkenaan. 
Bagaimanapun, ketika itu sekumpulan 15 lelaki tiba dan terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai parang. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat ditetak.
Menurutnya, siastan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada dendam antara kumpulan berkenaan dengan kedua-dua mangsa.

"Bagaimanapun, kita masih menjalankan siastan lanjut dan setakat ini sedang memburu semua suspek bagi membantu siasatan," katanya.

sumber : hmetro online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik