KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 10 Julai 2014

Durian Merah di Sabah


Durian Merah atau nama tempatannya di Sabah adalah "Marahang", ianya disebut Durian Merah kerana isinya berwarna merah. Rasa isinya tidaklah sama dengan durian-durian lain iaitu manis tetapi rasa isinya lemak. Biasanya ia tumbuh meliar dihutan tebal di Sabah. Satu lagi keunikan buah ini ialah ianya tidak akan gugur seperti buah durian yang lain. Biasanya untuk mengambil buah ini kenalah memanjat pokoknya apabila buahnya dilihat sudah matang.



Kebiasaannya isi durian merah ini dimakan begitu sahaja atau dimasak bubur bersama nasi rasanya memang unik dan sedap.



Buah ini bermusim dan hanya berbuah sekali dalam setahun dan kebiasaan musimnya adalah pada bulan september hingga oktober.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik