KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 10 Julai 2014

Individu Paling Sedih di Brazil















Clovis Acosta Fernandes yang merupakan penyokong sejati Selecao dilihat tidak mampu menahan air mata setelah menyaksikan gawang pasukan kegemarannya itu dihujani jaringan gol di Estadio di Mineirao.
 
Menurut laporan di laman web huffingtonpost.com, selepas beberapa jam peristiwa terburuk dalam sejarah Piala Dunia itu, terdapat satu lagi gambar yang menunjukkan semangat kesukanan Clovis. Penyokong yang diberi gelaran 'pemain ke 12 Brazil' itu menghadiahkan trofi replikanya kepada penyokong pasukan Jerman.
 
"Anda layak menerimanya, tahniah," ujar penyokong veteran itu.
 
Sumber dalam laporan tersebut memberitahu gambar yang diperoleh mereka itu secara tidak langsung mewujudkan satu talian persahabatan dari dua pihak yang saling tidak mengenali antara satu sama yang lain.
 
"Saya rasa ini merupakan perkara yang terbaik berlaku di kalangan penyokong sepanjang Piala Dunia ini berlangsung," kata sumber itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik