Taipei: Sebuah pesawat terhempas ketika cuba mendarat dalam keadaan cuaca buruk di luar lapangan terbang di pulau kecil di Taiwan.
Agensi Berita Pusat Taiwan memetik Menteri Pengangkutan Taiwan Yeh Kuang-shih sebagai berkata 47 orang terperangkap dan dikhuatiri mati dalam kejadian itu, manakala 11 lagi cedera selepas pesawat terbabit terbakar ketika membuat cubaan mendarat kali kedua.
Menurutnya, pesawat itu membawa 58 penumpang dan anak kapal.
Penerbangan GE222, pesawat ATR-72 milik TransAsia Airways dilaporkan menuju ke arah pulau Penghu dari bandar pelabuhan Kaohsiung di selatan Taiwan.
Penerbangan GE222, pesawat ATR-72 milik TransAsia Airways dilaporkan menuju ke arah pulau Penghu dari bandar pelabuhan Kaohsiung di selatan Taiwan.
Pesawat berkenaan terhempas di perkampungan Xixi dan gambar disiarkan media tempatan menunjukkan anggota bomba terpaksa menggunakan lampu suluh untuk memeriksa lokasi kemalangan dalam keadaan gelap.
Taiwan dibadai taufan Matmo awal pagi Selasa lalu dan jabatan kaji cuaca negara itu memberi amaran hujan lebat sepanjang petang walaupun ribut lebih kuat membadai di tengah tanah besar China. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan