Zhang Yanrong, seorang wanita berumur 26 tahun telah diikat
pada sebatang pokok diluar rumahnya selama lebih daripada 20 tahun. Kedua
ibubapanya mengikatnya disitu semasa dia masih kecil untuk mengelakkan dia dari
mencederakan diri sendiri setelah mengalami satu kemalangan yang menyebabkan
kelainan upaya mental lapor Orintal Daily.
Dia menjadi cacat mental setelah kecederaan itu dan tidak
dapat mengenal pasti jalan pulang kerumah. Ibubapanya membawa dia berjumpa
dengan ramai doktor, namun tidak mereka tidak mampu menanpung kos perubatannya.
Jadi mereka membuat keputusan untuk mengikatnya pada pokok untuk satu-satunya
jalan penyelesaian.
Jiran Zhang memberitahu bahawa wanita itu tidak bertindak
ganas atau tidak stabil Cuma hanya lembab.
Ibunya kini berusia 60 tahun berkata anak perempuannya itu
tidak pernah melawan ketika diikat, namun dia merasa bimbang siapakah nanti
yang akan menjaga anaknya itu apabila dia dan suaminya akan meninggal kelak.
Mengikat orang yang mempunyai kelainan upaya mental ialah
sesuatu yang biasa dilakukan dikawasan pedalaman di China, dimana penduduknya
tidak mampu membiayai kos perubatan dan cara ini digunakan sejak dahulu kala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan