KLIK.. Peluang Anda

Jumaat, 25 Julai 2014

Dinasihatkan tidak ke Selatan Thailand



















KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai supaya mengelakkan diri ke wilayah Betong Selatan Thailand dalam masa terdekat ini berikutan insiden letupan bom, petang tadi.

Menurutnya, keadaan di wilayah bergolak yang terletak bersempadan dengan Pangkalan Hulu, Perak, ketika ini amat merbahaya dan tidak menentu. 

"Saya menasihatkan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan untuk ke Betong supaya menangguhkan atau membatalkannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas mereka," katanya ketika dihubungi bagi mengulas mengenai insiden berkenaan.

sumber: hmetro.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik