KLIK.. Peluang Anda

Jumaat, 25 Julai 2014

Man U silap jual jersi terbaharu separuh harga


LONDON: Kelab popular England, Manchester United membuat kesilapan dengan menjual jersi terbaharu kelab itu di laman sendiri pada harga separuh daripada harga asal di atas talian. 

Kedai atas talian rasmi United yang dikendalikan oleh Kitbag.com melakukan kesilapan itu dengan menyenaraikan jersi terbaru United sebagai salah satu barangan yang dijual separuh harga. 


Harga yang ditawarkan iaitu sebanyak £22 (RM118.89) sehelai manakala jersi untuk kanak-kanak pada harga £16.50 (RM86.49). 

Jualan itu pertama kali dapat diakses ketika perlawanan pra-musim United menentang LA Galaxy di Amerika Syarikat namun ditutup selepas itu. 

Sedar malu besar yang bakal diterima seandainya jualan itu ditarik balik, United mengesahkan akan memberikan segala diskaun itu terhadap barangan yang sudah dijual. - AFP 


sumber : bharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik