KLIK.. Peluang Anda

Sabtu, 26 Julai 2014

Kaum Sintinel Tinggal di Pulau Paling Terpencil Didunia.


Suku Sentinel mendiami sebuah pulau di bahagian kepulauan Andaman dan Nicobar , Teluk Bengal , sempadan negara Myanmar dan Indonesia . Teori mengatakan bahawa mereka adalah suku keturunan Afrika yang telah mendiami pulau kecil tersebut semenjak 60 ribu tahun yang lalu . Dianggarkan ada 40 - 500 orang di dalam suku Sentinel .

Masyarakat luar mula menyedari kewujudan suku Sentinel ketika berlakunya bencana tsunami 2004 yang menyerang sebahagian wilayah selatan Asia . Para pasukan sukarelawan berusaha membantu menyalurkan makanan kepada mereka . Namun bukannya mendapat sambutan hangat , helikopter para sukarelawan tersebut terus  dihujani oleh anak panah .
Tidak banyak yang diketahui tentang suku ini . Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa asing yang tidak boleh difahami oleh manusia lain . Mereka lebih suka hidup tersembunyi di balik hutan tebal . Dianggarkan mereka bertahan hidup dengan memburu haiwan, mengumpulkan ubi dan buah - buahan
.

Pulau ini berada di bawah kekuasaan negara India . Namun setelah beberapa usaha untuk mendekati mereka menemui kegagalan , kerajaan India akhirnya menyerah . Tentera Laut India kemudian ditugaskan berjaga sekitar 3 batu dari pulau untuk melarang pelancong dan nelayan masuk ke wilayah ini.

Selain itu , muncul pelbagai khabar angin yang menggerunkan mengenai suku ini . Di tahun 1896 , seorang banduan melarikan diri dan masuk ke dalam pulau ini . Namun beberapa hari kemudian , pasukan pencari mencari jenazahnya di tepi pantai dalam keadaan tertusuk panah di tengkoraknya.

Suku ini sentiasa bertindak agresif. Hanya sekali sambutan baik diberikan iaitu terhadap 28 orang yang nekad ke sana pada 4 Januari 1991 . Mereka adalah rombongan antropologis T.N. Pandit berasal dari India yang mengaku terkejut dengan sambutan mesra itu .

Selepas itu tidak banyak lagi berita yang muncul tentang suku ini . Terakhir pada 2006 lalu ada 2 orang nelayan ditemui mati terbunuh ketika memancing di kawasan pulau Sentinel .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik