KLIK.. Peluang Anda

Sabtu, 19 Julai 2014

Gading Gajah Mencecah RM 2,500 sekilogram

PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup gading gajah terbesar di Malaysia membabitkan nilai rampasan RM60 juta yang dibawa dari Pelabuhan Lome, Afrika untuk dieksport ke China.
Sejumlah 1,500 gading gajah seberat 24,000 kilogram (kg) ditemui disorok di ruangan rahsia yang terdapat di bongkah kayu yang disusun di dalam kontena berkenaan. Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, rampasan itu membabitkan dua kontena yang diisytihar sebagai bongkah kayu dan berlabuh di Pelabuhan Barat, di sini, pada 7 Disember lalu sebelum kontena berkenaan dibawa ke Pelabuhan Utara pada jam 10 malam, kelmarin untuk disiasat.

Menurutnya, curiga dengan dokumen pengisytiharan kastam membuka kontena berkenaan dan menemui gading gajah yang disorok di bahagian khas yang ditutupi bongkah kayu.
Katanya, hasil siasatan Unit Pemantauan Kontena Bahagian Penguatkuasaan mendapati syarikat tempatan yang diberi tanggungjawab mengurus kontena berkenaan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengisytihar kontena itu mengandungi bongkah kayu.

“Mengikut harga pasaran semasa, gading gajah dari negara Afrika itu boleh dijual hingga mencecah harga RM2,500 sekilogram.

“Berdasarkan dokumen perkapalan, pelabuhan terakhir kedua-dua kontena itu di Pelabuhan Klang, hasil risikan kastam mendapati kontena berkenaan akan dipindahkan ke kapal lain sebelum dibawa ke China.
“Malah, kami juga mendapati kapal itu sudah melakukan transit di Pelabuhan Algeciras, Sepanyol sebelum ia berlabuh di Pelabuhan Klang,” katanya, semalam.

Azis berkata, siasatan awal mendapati semua gading yang dibawa masuk itu akan dijual di China sebagai barang perhiasan berikutan permintaan yang tinggi.
Katanya, syarikat tempatan yang diberi tanggungjawab menguruskan kontena itu dan membuat perisytiharan yang tidak benar ke atas barang dagangan juga disiasat. “Gading gajah barangan disenaraikan mengikut larangan Lampiran 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam (CITES) yang melarang sebarang dagangan komersial,” katanya.
sumber : hmetro.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik