Kuala Lumpur: “Saya pasti tidak teragak-agak menembak kumpulan perompak itu sekiranya kami bertembung,” kata penerbit dan pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam berhubung kejadian pecah rumah di banglo miliknya di Taman Melawati di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, seramai tiga penjenayah bertopeng menceroboh masuk melalui tingkat empat rumah mangsa sebelum mengugut pembantu rumah serta menggeledah bilik anak bongsu mangsa, Shafiq Yusof.
“Sejurus itu saya melepaskan satu tembakan amaran ke arah tangga rumah. Pada masa sama saya dapati pintu jeriji besi di tingkat empat rumah sudah diumpil dan terbuka. Saya melepaskan dua lagi tembakan ke arah kawasan hutan bersebelahan rumah kerana menyangka penjenayah melarikan diri ke kawasan itu,” katanya kepada wartawan Harian Metro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan