Pelbagai cara penipuan yang dijalankan oleh pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan segera. Ramai yang terpedaya dengan taktik-taktik yang dijalankan. Antara yang paling popular ketika ini adalah menerima panggilan dari nombor yang kita tidak kenali dan menyatakan bahawa kita telah memenangi sesuatu peraduan dengan nilai puluhan ribu ringgit.
Penyamaran adalah salah satu taktik yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat-maklumat peribadi seperti Kad ATM Bank anda, Seseorang akan menghubungi anda dan memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan sesebuah Institusi Kewangan tersebut dan akan mula bertanya dengan anda data-data peribadi Bank anda terutamanya Kad ATM.
Jangan terpedaya dan dengarlah rakaman Audio cubaaan penipuan yang berjaya dirakam.
(Klik untuk mendengar Audionya perbualannya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan