KLIK.. Peluang Anda

Sabtu, 12 Julai 2014

Tarian Magunatip... Rentak Dari Buluh

Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara 
dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.
Namun tarian amat popular dimainkan terutamanya dalam penyambutan Pesta Menua atau "Tadau Kaamatan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik