KLIK.. Peluang Anda

Sabtu, 12 Julai 2014

Pencipta Jam Yang Pertama

Peter Henlein

Di era moden dan serba canggih ini Jam merupakan elemen asas dalam kehidupan. Kita tidak boleh bergantung dengan sumber semulajadi seperti matahari dan bulan untuk menjangka waktu yang tepat kerana sumber-sumber semulajadi ini kadagkala dibatasi dengan masalah semulajadi seperti hujan, mendung dan sebagainya. Maka dengan terciptanya Jam ianya memudahkan kita untuk melihat dan mengatur masa kita terpulanglah kepada urusan masing-masing. Tetapi adakah anda tahu siapa yang mencipta jam?

Jam dicipta pada tahun 1504. Peter Henlein telah mencipta jam mudah alih (jam yang boleh dibawa ke mana-mana). Ia mudah digunakan, untuk si pemakai mengetahui keberkesanan jam bagi mengetahui masa yang tepat.

Philippe telah mendedikasikan ciptaan pertama seutas jam tangan pada lewat abad ke-19. Dia mereka seutas jam tangan hasil dari idea dengan memerhatikan satu aksesori yang wanita selalu gunakan seumpama rantai ditangan. Louie Cartier kemudiannya mencipta seutas jam tangan untuk lelaki pada awal abad ke-20.

Pada mulanya, dia mereka jam bagi membantu juruterbang-juruterbang yang sukar untuk melihat waktu semasa penerbangan. Terpaksa meraba-raba mencari seutas jam ketika sedang terbang dalam sebuah pesawat.

Sama juga, ketika perang dunia pertama , memerlukan satu kaedah masa untuk mengukur waktu ketika dalam pertempuran.

Menjadi aliran utama dalam budaya, jam tangan menjadi agak mudah untuk digunakan. Jam tangan automatik, direka oleh Abraham-Louis Perrelet pada tahun 1770 dan disempurnakan pada tahun 1923 oleh John Harwood, memastikan yang jam itu mempunyai masa yang tepat tanpa si pemakai perlu mengunci jam itu, untuk mengekalkan masa jam itu berjalan seperti biasa.
Peter Henlein
Monument Peter Henlein di Hefnersplatz, Nuremberg

Namun, hari ini, jam-jam sudah ada bateri yang boleh bertahan dalam jangka yang lama, jadi mekanisme automatik sudah ada didalam jam itu.

Jam pertama saiznya berukuran lebih kurang 4-5 inci lebar dan kira-kira 3 inci tebal. Berbeza dengan jam sekarang ini, macam-macam jenis dan bentuk. Sekecil 3 inci pun ada. Jam handphone pun ada juga.

Hari ini pengguna-pengguna jam bukan sahaja boleh menggayakan jam sebagai jam sahaja, malah dijadikan satu fesyen dan trend masa kini.

Pelbagai jenama yang mahal-mahal, malah sekarang, macam-macam fungsi. Ada yang kalis air, dan menggunakan kuasa tenaga matahari sebagai sumber tenaga.

Sumber: eHow.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik