Brazil yang dibenam tujuh gol berbalas satu oleh Jerman di Estadio di Mineirao merupakan antara 10 kejutan yang tidak dilupakan di Piala Dunia.
1) USA 1 England 0, Brazil 1950
Kekalahan yang paling memalukan dalam sejarah England. Pasukan kegemaran itu mendominasi dari awal perlawanan sehingga minit ke 37 AS telah menjaringkan gol melalui Larry Gaetjens. Skuad kendalin Walter Winterbottom tidak dapat mencari gol penyamaan dan menerima kekalahan yang tidak dapat dilupakan Three Lions.
2) North Korea 1 Italy 0, England 1966
Itali yang dijangkakan dapat menundukkan pasukan Asian itu tetapi pertahanan yang mantap dipersembahkan oleh Korea ketika menentang gergasi Eropah. Legenda Pak Doo Ik diingati kerana berjaya menjaringkan gol kemenangan perlawanan itu.
3) Scotland 3 Holland 2, Argentina 1978
Belanda yakin untuk menumpaskan Scotland tetapi Archie Gemmill dan Kenny 'King' Dalglish telah menjaringkan gol kemenangan perlawanan tersebut.
4) Cameroon 1 Argentina 0, Italy 1990
Dua pemain Cameroon telah dilayangkan kad merah, membuat antara kejutan terbesar piala dunia menentang juara bertahan. Penampilan kedua Cameroon di pusingan akhir itu melihatkan Omam Biyik menjanringkan gol kemenangan perlawanan itu.
5) Costa Rica 1 Scotland 0, Italy 1990
Juan Cayasso telah menjaring gol tunggal perlawanan menentang Scotland. Scotland yang dihantui kekalahan itu tersingkir pada pusingan awal kejohanan tersebut.
6) Republic of Ireland 1 Italy 0, USA 1994
ASkar Ireland sendiri tidak mempercayai mereka mampu menewaskan Itali tetapi skuad kendalian Jack Charlton berfikir sebaliknya. Hasil rembatan Ray Houghton berjaya membolosi gawang Itali. Pertahanan Ireland yang mantap berjaya mengekang serangan Itali memberikan kenangan manis buat penyokong mereka.
7) France 0 Senegal 1, Japan and South Korea 2002
Juara Dunia dan Eropah telah dikejutkan kekalahan di perlawanan pembukaan kejohanan melalui gol tunggal Senegal dari El Hadji Dious. Perancis hampir menyamakan kedudukan tetapi hasil mereka terkena palang dan memberikan pasukan negara Afrika tiga mata.
8) USA 3 Portugal 2, Japan and South Korea 2002
Amerika Syarikat berjaya menjaringkan tiga gol dalam 30 minit hasil dari John O'Brien, Brian McBride dan gol sendiri Jorge Costa. Beto menjaringkan gol sebelum separuh masa tamat. Jeff Agoos menghadiahkan gol sendiri buat Potugal membuatkan penyokong resah tetapi mereka berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan.
9) Italy 1 South Korea 2, Japan and South Korea 2002
Ahn Jung-hwan yang melepaskan peluang dari sepakan penalti merupakan hero tuan rumah apabila menjaringkan gol sebelum wisel penamat perlawanan. Kerana kekecewaan yang tidak dapat diterima, penyerang Itali Francesco Totti dikeluarkan dari padang pada perlawanan itu.
10) Brazil 1 Jerman 7, Brazil 2014
Asakan Jerman yang tidak dapat dikekang pemain Brazil membawa padah apabila Jerman menjaringkan 5 gol dalam masa 30 minit dan 2 lagi gol pada separuh masa kedua.
Sumber : olabola.stadiumastro.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan