JOHOR BAHARU, 15 Julai (Bernama) -- Permintaan tinggi dari restoran di luar negara terutamanya di China telah menyebabkan harga daging tenggiling (Manis javanica) kini melambung sehingga mencecah RM800 sekilogram di pasaran haram.
Seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata harga yang tinggi telah mendorong sindiket penyeludupan hidupan liar di Malaysia berusaha lebih gigih untuk menangkap haiwan tersebut untuk diseludup ke luar negara terutamanya ke China.
"Permintaan restoran luar negara terhadap daging tenggiling adalah amat tinggi, terutama ketika musim sejuk di China pada akhir dan awal tahun. Mereka menggemari daging haiwan tersebut kerana ia dikatakan berupaya mengubati penyakit, menguatkan tenaga syahwat lelaki serta membuatkan suhu badan seseorang itu panas," kata Timbalan Pengarah Jabatan Perhilitan (Penguatkuasa) Celescoriano Razond kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata dua tiga tahun lepas harga sekilogram daging tenggiling ialah antara RM400 dan RM500 sekilogram tetapi disebabkan permintaannya di pasaran haram luar negara amat tinggi, harganya kini mencecah sehingga RM800 sekilogram.
"Saya menjangkakan harga daging tenggiling itu akan terus meningkat dalam masa terdekat ini termasuk kemungkinan ia mencecah RM1,000 sekilogram, jika permintaannya dari sindiket penyeludupan terus kekal tinggi," kata Celescoriano.

Celescoriano, yang berpejabat di Kuala Lumpur, berada di Johor baru-baru ini bagi mengetuai satu operasi membanteras cubaan menyeludup lebih 1,000 ekor kera liar untuk dijadikan hidangan makanan eksotik di China dan bahan uji kaji makmal di Belanda.
Operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhilitan hasil pemantauan selama dua minggu itu, menyaksikan tumpasnya satu daripada beberapa sindiket penyeludupan kera liar yang terbesar di Malaysia. Jabatan itu turut menangkap empat suspek.
Celescoriano berkata disebabkan harga daging tenggiling yang tinggi, terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan Malaysia kini dijadikan sasaran oleh sindiket penyeludup hidupan liar antarabangsa sebagai sumber utama untuk bekalan daging haiwan tersebut dan beberapa haiwan eksotik yang lain.

"Mereka (sindiket) akan menyeludup segala jenis haiwan liar jika mereka berjaya menangkapnya, daripada tenggiling, kera, ular, beruang, biawak dan juga harimau," kata Celescoriano.
Katanya sindiket penyeludupan hidupan liar di negara ini juga tidak takut dengan undang-undang Malaysia.
"Di China, mereka yang bersalah kerana menyeludup hidupan liar boleh ditembak mati, manakala Thailand pula, pihak berkuasa mereka dibenarkan menembak sesiapa yang menceroboh hutan."
Katanya permintaan dan harganya yang amat tinggi akan mendorong kepada kepupusan haiwan itu di Malaysia. Malah, menurutnya, sudah ada bukti yang menunjukkan bilangan haiwan pemakan serangga itu kini semakin berkurangan di hutan Malaysia.

"Kita (Perhilitan) mendapati semakin sukar untuk menemui tenggiling di hutan-hutan. Kita percaya aktiviti penangkapan secara haram untuk tujuan penyeludupan merupakan salah satu punca di sebalik kesukaran itu," katanya yang menambah perburuan haram tenggiling biasanya tertumpu di hutan-hutan di Johor, Pahang dan Perak.
Celescoriano juga berkata jika dahulu sindiket penyeludupan hidupan liar menggunakan Orang Asli untuk memburu haiwan tersebut di hutan-hutan tetapi disebabkan harga dagingnya yang tinggi, kini penduduk tempatan turut sama memburunya.

Menurutnya haiwan yang dilindungi oleh undang-undang itu diseludup keluar dari Malaysia menggunakan jalan darat ke Thailand dan Laos sebelum memasuki China.
Bagaimanapun, katanya, terdapat juga sindiket yang menggunakan jalan laut untuk menyeludup tenggiling jika jumlahnya banyak dengan membawanya dengan kapal bersama-sama barangan seludup lain seperti rokok dan minuman keras.
Menurutnya tenggiling lebih mudah diseludup kerana haiwan tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising, berlainan dengan kera.
sumber : BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan