KLIK.. Peluang Anda

Isnin, 7 Julai 2014

Cubaan culik gagal

Semporna: “Di mana bosmu?”. Itulah perkataan pertama diajukan sekumpulan tujuh lelaki bertopeng dan bersenjata kepada pasangan pekerja suami isteri yang ditemui di pusat ternakan ikan sangkar di perairan Bangau-Bangau, kira-kira satu kilometer dari pekan ini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi, kumpulan dipercayai penculik itu dikatakan mahu menculik pemilik pusat ternakan itu, namun ‘sasaran’ mereka tiada di lokasi. 
Difahamkan, pasangan lingkungan 30-an itu agak terkejut apabila didatangi kumpulan bersenjatakan parang termasuk seorang daripada mereka memiliki pistol, bertanyakan mengenai lokasi majikan mereka. 

Kumpulan terbabit dipercayai tiba dengan menaiki bot sebelum lima daripadanya memasuki sebuah rumah di pusat ternakan untuk mencari ‘sasaran’ mereka.
Foto
Namun, kumpulan terbabit hampa apabila dimaklumkan pemilik pusat berkenaan tiada di situ dan menetap di rumahnya di pekan.

Mungkin gagal menemui ‘sasaran’ dimaksudkan, kumpulan terbabit bertindak melarikan televisyen, dekoder televisyen berbayar dan beberapa kelengkapan rumah lain. 

Susulan kejadian itu, pasangan suami isteri berkenaan kemudian membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mazlan Lazim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

“Berdasarkan laporan, dua saksi yang juga pekerja pusat ternakan ikan mendakwa didatangi tujuh lelaki bersenjata. 

“Menurut saksi ini, empat lelaki memegang parang panjang, manakala seorang suspek dipercayai memiliki pistol sementara dua lain menunggu di dalam bot,” katanya. 

Mazlan berkata, seorang daripada suspek bertanyakan lokasi majikan saksi tetapi diberitahu dia (majikan) berada di pekan. 

“Kumpulan berkenaan kemudian mengambil beberapa barangan berharga sebelum melarikan diri menuju ke Pulau Larapan. 
sumber : mymetro online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik