SELEPAS merekodkan kemenangan ke atas Brazil dalam penentuan tempat ketiga awal pagi semalam, kapten Oranje, Robin Van Persie mengambil keputusan menghadiahkan pingat dan lilitan kaptennya kepada penyokong nombor satu Belanda.
Penyerang berbisa Belanda itu menemui Winfried Witjes yang juga dikenali sebagai The Oranje General di tempat duduk penonton.
“Sebenarnya pingat dan lilitan kapten ini tidak seberapa berbanding pengorbanan mereka di atas padang.
“Mereka sudah melakukan yang terbaik dan mereka layak mendapat sokongan daripada peminat,” katanya.
Witjes yang merupakan seorang pengurus kedai pakaian tidak pernah terlepas menyaksikan aksi Belanda di Brazil.
Dia mengepalai barisan penyokong dikenali The Oranje Army di setiap perlawanan Belanda.
Witjes diibaratkan sebagai selebriti di kampung halamannya sejak beberapa tahun dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan