
Tuhau adalah termasuk dalam Spesis Halia, ianya mengeluarkan bau yang kuat dan ramai yang menyatakan baunya sama dengan bau sejenis serangga iaitu Posisang bagi panggilan di Sabah. Ia membiak melalui pecahan rizom.

Namun ramai yang menggemari sambal ini, penyediaannya amat mudah iaitu:-
1. Kisar tuhau tersebut
2. Perah dengan Limau (Nipis / Kasturi) atau cuka
3. Garam secukup rasa
4. Cili padi
5. Makan


Selain daripada dibuat sambal ianya juga boleh dibuat serunding dengan mencampurkan bilis dan bahan-bahan mengikut citarasa anda.

Selain dibuat sambal dan serunding ianya juga satu bahan penting dalam membuat sayur campur

Tiada ulasan:
Catat Ulasan