KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 3 Julai 2014

Cara Penanaman Getah

Ramai diantara kita yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian jangka panjang, maka dalam blog ini akan diberikan panduan yang betul dalam penanaman pokok getah.

Penanaman yang betul dan mengetahui cara penjagaannya pastinya membuahkan hasil yang baik, ketahui teknik-tekniknya.

CARA PENANAMAN GETAH

Selepas menyediakan lubang tanaman dan dibiarkan selama lebih kurang dua atau tiga minggu, barulah aktiviti menanam anak getah boleh dilakukan. Teknologi terkini mengutamakan kepada penggunaan benih polibeg sama ada daripada tunggul cantuman berpolibeg, cantuman muda berpolibeg atau tunggul
teras yang lebih tua daripada tapak semaian sebagai bahan tanaman.

Kaedah Penanaman

Satu bahan tanaman cantuman berpolibeg biasanya ditanam sehingga bekas cantumannya terbenam. Ianya boleh ditanam lebih dalam sehingga sedalam satu pusaran daun, yang mana bagi benih biasa dianggarkan sehingga 15 sm ukuran batang yang dicantum. Kaedah ini dikenali sebagai penanaman dalam.
Apabila polibeg ditempatkan menegak dalam lubang tanaman untuk menentukan dalamnya yang sebenar. Sekiranyanya tidak cukup dalam, lubangnya perlu dikorek lagi dan sekiranya ia terlalu dalam, lubangnya boleh dinaikkan dengan mengisi tanah ke paras yang dikehendaki. Bahagian bawah polibeg dipotong
untuk mendedahkan tanahnya. Polibeg didirikan di tengah-tengah lubang. Satu potongan menegak dibuat di sisi polibeg dan lubangnya dikambus separuh dengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat dan lubangnya dikambus sepenuhnya dengan tanah yang telah dicampur dengan
113 g baja debu fosfat. Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanah di sekeliling lubang dipadatkan. Ini diikuti dengan meletakkan sungkupan di
keliling pangkal pokok (Gambarajah 5.1).
























































TANAMAN CAMPURAN 
Di Malaysia, tanaman-tanaman campuran telah diamalkan sejak tahun 1942-1945 ketika kerajaan Jepun memerintah Malaya. Peladang-peladang dan pekebun kecil dipaksa menebang getah dan menggantikannya dengan tanaman-tanaman yang boleh dimakan kerana terdapat kekurangan makanan ketika itu. Peladang getah yang tidak mematuhi perintah tersebut, memilih untuk menanam pokok-pokok yang boleh dimakan 
di antara barisan pokok getah (Gambarajah 5.3). Walau bagaimanapun usaha menanam campuran dihentikan apabila harga getah terus melonjak tinggi. Tanaman campuran dipercayai akan kembali penting ketika harga getah menurun. Hasil tanaman campuran boleh menambah pendapatan terutamanya ketika peringkat pokok muda. 




















































Kaedah Tanaman Campuran

Dalam urusan tanaman campuran, getah adalah tanaman utama dengan kepadatan sebanyak 400 pokok sehektar. Untuk membolehkan tanaman-tanaman lain hidup, rekabentuk penanaman mestilah dari sistem tanaman pepagar, pepagar berkembar atau pepagar tiga baris. Dalam rekabentuk tersebut, jarak antara barisan getah adalah amat luas sementara jarak antara pokok adalah cukup rapat. Dalam rekabentuk pepagar berkembar dan pepagar tiga barisan, jarak antara pokok bukan sahaja rapat tetapi pokok-pokoknya diatur dalam bentuk tiga segi bagi yang berkembar dan tiga barisan. Dalam ruang antara barisan yang luas, tanaman saka lain ditanam.

Oleh kerana pokok getah ditanam amat rapat dalam barisan, pembangunan jemala yang tidak serata boleh menyebabkan ianya jadi berat sebelah ketika pokok membesar. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hanya klon-klon yang sesuai disyorkan untuk ditanam rapat (kurang daripada tiga meter) seperti RRIM 728, RRIM 729, RRIM 805, RRIM 901, RRIM 905, RRIM 936, RRIM 937, RRIM 938, PB 217,PB 260, PB254, PB 255, BPM 24 dan Nab 17. Pokok-pokok saka yang disyorkan adalah seperti durian, cempedak, mangga, rambutan, duku dan koko. Tanaman jangka pendek dan pastura boleh juga dimasukkan. Walau bagaimanapun, kesesuaian persekitaran untuk tanaman yang dipilih perlu ditentukan terlebih dahulu.



Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik