KLIK.. Peluang Anda

Selasa, 1 Julai 2014

Perkhawinan di Hujung Nyawa.. Sedih dan Pilu.












Ini adalah kisah benar mengenai sepasang kekasih di Filipina, iaitu Rowden dan Leizl yang merancang untuk berkahwin pada 8 Julai ini sempena hari lahir Rowden yang ke-30. 

Namun takdir menentukan pada penghujung Mei, Rowden di diagnosa menghidap kanser hati tahap empat yang kronik hingga tubuhnya kian lemah dan hanya mampu berbaring.

Dalam keadaan tak bermaya itu, dia telah menyatakan hasrat mahu mengahwini Leizl sebelum nafasnya terhenti. Justeru, perkahwinan disegerakan.

Dan dalam masa 12 jam, segala persiapan dibuat lalu upacara yang berlangsung di wad memandangkan Rowden tidak boleh meninggalkan hospital.

Hanya 10 jam selepas bergelar suami kepada Leizl, Rowden Go akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 11 Jun 2014.

Mendiang meninggalkan Leizl dan anak mereka, Zakiah Rowzel berusia 2 tahun dan ibu, Lorelei serta adik beradik, Hasset (yang memuat naik video ke YouTube) dan Hisham.

Kisah di sebalik perkahwinan Rowden dan Leizl yang amat menyentuh hati membuatkan video perkahwinan mereka menjadi viral malah setakat hari ini ia telah ditonton melebihi 9 juta kali di Youtube.

Rata-rata yang menyaksikan video ini mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya rasa sebak. Begitulah hidup manusia... tiada yang kekal di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik