KLIK.. Peluang Anda

Sabtu, 12 Julai 2014

"Nonsom" Jeruk Ikan Pedas-Pedas



Bagi generasi lama khususnya di Sabah dalam Masyarakat Kadazan Dusun "Nonsom" atau Jeruk Ikan memang tidak asing bagi mereka. Namun bagi generasi milenium sekarang ini ramai yang sudah tidak menggemari makanan ini dan ada sesetengahnya yang beranggapan bahawa makanan ini "Low Class" kerana kebanyakannya telah terpengaruh dengan makanan-makanan segera yang semakin lama semakin mempolopori menu harian mereka.



Sejarah menu ini adalah untuk penyediaan lauk yang tahan lama. Mengikut penerangan dari Nenek Moyang bahawa pada masa dahulu tidak adanya kemudahan letrik yang membolehkan mereka membeli peti ais untuk menyimpan ikan tangkapan lebih lama. Maka dengan itu satu inisiatif yang mereka gunakan ialah menjeruk ikan tersebut, kebiasaanya pada ketika musim tengkujuh atau banjir menyukarkan mereka untuk mencari lauk harian untuk santapan keluarga. Maka ketika musim inilah Jeruk Ikan akan menjadi santapan lauk keluarga sehinggalah musim tengkujuh berakhir.


Malah menurut mereka bukan sahaja ikan yang mereka jeruk tetapi mereka juga menjeruk hasil buruan mereka seperti Payau, Babi Hutan dan Rusa.




Cara membuat jeruk ikan ini bukanlah susah namun mengikut mereka yang berpengalaman dalam membuat jeruk ikan iaitu keenakan jeruk ikan ini bergantung kepada ketelitian dan cara adunan oleh pembuat jeruk tersebut.

Kebiasaannya jeruk ikan yang dibuat adalah ikan sungai, ikan ini mestilah dibersihkan terlebih dahulu dan ditoskan, campurkan dengan nasi mengikut kuantiti ikan yang dijeruk pastikan nasi yang dicampurkan kepada ikan tersebut dalam keadaan yang sejuk, Garam secukup rasa, masukkan kedalam bekas yang kedap udara dan peramkan kira-kira 1 minggu. 

Malah ada yang mengusahakan Jeruk Ikan ini sebagai pendapatan sampingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik