Ketua pasukan Lionel Messi membawa pulang Bola Emas Piala Dunia Fifa walaupun Argentina tewas 1-0 kepada Jerman.
Penyerang Barcelona itu mencetak empat gol untuk Argentina untuk kumpulan F di Brazil, pemain dari negara Jiran James Rodriguez selaku penjaring terbanyak kejohanan memenangai kasut emas.Rakan sepasukan Messi Javier dan Angel Di Maria juga tercalon, manakala pemain sayap Arjen Robben, Rodriguez dan empat pemain Jerman: Philipp Lahm, Mat Hummels, Thomas Muller dan Toni Kroos
Pengendali Argentina Alejandro Sabella berkata "Messi telah bermain dengan cemerlang di Piala Dunia, dia telah melakukan yang terbaik untuk pasukannya."
"Dia berhak menerima anugerah itu."
Penjaga gol Manuel Neuer memenangi sarung tangan emas selepas menjadi penjaga gol terbaik kejohanan.
Pemain tengah Perancis dan Juventus Pail Pogba telah dinobatkan pemain muda terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan