KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 10 Julai 2014

Berita Detik-detik Tragedi Pesawat Air Asia Terbabas di Brunei














Baru-baru ini kapal terbang Air Asia sekali lagi berhadapan dengan masalah apabila terlibat dalam satu nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei.


Penerbangan AK278 Air Asia tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei yang berlepas dari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sehingga memaksa 103 penumpang dan tujuh anak kapal diarahkan keluar dari pesawat.
Walaubagaimanaun, Alhamdulillah semua penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tetapi…..salah seorang penumpang yang berada dalam pesawat Air Asia di hari kejadian bernama Won Fabio, telah tampil berkongsi apa sebenarnya yang berlaku detik-detik semasa berlaku nahas tersebut sehinggalah mereka terbebas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei

Kronologi Kejadian Pesawat Air Asia Terbabas di Brunei
Kami hampir mati dalam nahas kapal terbang Air Asia di Brunei! Kami berada dalam keadaan gelap apabila kapal tersebut terbabas semasa pendaratan, kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu, tiada pengumuman, tiada arahan daripada juruterbang ketika kapal terhempas, kami tidak dapat melihat garisan “bercahaya” di atas lantai, dan saya melihat wayar yang panjang jatuh daripada bahagian simpanan di atas tetapi tiada topeng oksigen.

Seluruh keadaan menjadi lebih teruk apabila salah seorang krew penerbangan (pramugara) menjerit, Lari Lari Lari! Namun kami tidak tahu ke mana hendak lari. Pada ketika itulah semua orang menjadi panik dan cuba melarikan diri. Kebanyakan penumpang cuba mengambil bagasi mereka menjadikan keadaan melepaskan diri menjadi sukar, semua orang cuba menolak penumpang di hadapan mereka membuatkan beberapa orang telah terjatuh. Ia mengambil masa yang lama sebelum kami boleh menggelongsor turun dari pesawat dan lari ke padang.
Insiden kedua, apabila kami berada di dalam bas, pintu bas tersekat dan kami terperangkap di dalam, dan bahagian yang paling teruk, ada sesuatu yang terbakar, dan semua orang menjerit sekali lagi. Kami berjaya keluar dari bas dan kami semua dibasahi hujan, sekarang kami berada di dalam dewan, dikuarantin sementara.
Satu jam sebelum mendarat, kami merasai beberapa gegaran disebabkan oleh awan, tetapi gegaran itu adalah luar biasa, terlalu kasar jika dibandingkan gegaran biasa apabila melanggar awan.
Dan terdapat gangguan semasa krew membuat pengumuman jualan, bunyi seakan ada yang tidak kena pada sistem pesawat. Anda juga dapat merasakan suara krew dalam keadaan cemas ketika membuat pengumuman tersebut. Pesawat itu juga beberapa kali menjunam dengan cepat, dan junaman itu memang tidak seperti junaman biasa, anda dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Saya berdoa sejam sebelum mendarat, Ini semangnya bukan hari saya.
Pesawat Air Asia
Kapal Terbang Air Asia

Tiket Air Asia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik