KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 31 Julai 2014

Membakar diri ?

Kulim: Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki membakar dirinya di dalam tandas awam wanita di Medan Selera Taman Tunku Putra berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, mangsa yang belum dikenalpasti identiti dipercayai membakar dirinya dalam tandas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, wanita terbabit ditemui dalam keadaan terbakar sebelum orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba membantu dengan memadamkan api, namun gagal.

"Mangsa gagal diselamatkan. Dia mengalami kebakaran hampir 90 peratus badan menyebabkan maut di situ.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.

sumber : hmetro.com

Peluru ke dahi

Foto
Banting: Tiga lelaki ditahan selepas mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan senapang angin dalam kejadian di Jalan Jugra, di sini, petang semalam.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 31 tahun cedera di bahagian dahi akibat tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek terbabit.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa bersama adik iparnya menaiki sebuah kereta sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.

"Mangsa duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kiri kereta Honda City dipandu adik iparnya sebelum terdengar bunyi seakan-akan letupan.
"Sebaik menoleh ke belakang, pemandu kenderaan itu mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan peluru di dahinya dan terus ke Hospital Banting untuk rawatan," katanya.

Mangsa masih dirawat di Hospital Banting dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan.

Menurut beliau, polis turut merampas senapang angin buatan sendiri yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

Difahamkan, polis melakukan serbuan di sebuah premis perkhidmatan ekzos berdekatan kawasan kejadian.

Dalam serbuan itu, polis menemui selaras senapang angin termasuk beberapa komponen membuat senjata itu manakala tiga suspek yang ditahan untuk membantu siasatan adalah pemilik premis dan dua pelanggan.

sumber : hmetro.com

Bayi Tertelan Skru

















BESUT: Seorang bayi berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih, dekat sini, semalam.
Ketika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain di dalam rumah bersama dua abangnya berumur lima dan tiga tahun. 
Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian disedari oleh abang mangsa berumur 5 tahun yang memberitahu datuknya yang berada di luar rumah setelah melihat adiknya itu tidak sedarkan diri selepas muntah-muntah. 

Kamaruddin berkata, ketika kejadian ibu mangsa sedang mandi manakala datuk dan neneknya sedang membuat kerja masing-masing di sekitar rumah mereka.
“Apabila menyedarinya, mereka mengejarkan mangsa ke Hospital Daerah Besut tanpa mengetahui ia telah tertelan skru," kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia setibanya di hospital. 

Kamaruddin berkata, mangsa dan ibu bapanya tinggal bersama datuk dan neneknya sejak beberapa tahun lalu di Felda berkenaan. 

Pemeriksaan pihak hospital kemudiannya mengesan sebatang skru sepanjang dua sentimeter terlekat di kerongkong kanak-kanak berkenaan, yang kemudian berjaya dikeluarkan. 

Mengesahkan hal itu, Pegawai Perubatan hospital, Dr Nur afi’dah M. Zulkepli berkata, skru itu menyekat aliran udara (nafas) mangsa di kerongkong. 

Kamaruddin berkata, pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian.

Mayat mangsa dituntut oleh datuknya kira-kira jam 6.30 petang semalam. - Bernama

Padah kalah bertaruh dalam Piala Dunia

Wrexham (Wales): Seorang peminat bola sepak di sini mungkin menjadi orang yang paling rugi dalam bertaruh ketika kejohanan Piala Dunia lalu.
Jon Jolley bertaruh £100 (RM540.00) ke atas Brazil untuk menjuarai kejohanan itu dengan penyerang handalannya Neymar memenangi anugerah kasut emas. Kerana begitu yakin akan memenangi pertaruhan itu, dia juga berikrar: “Jika Brazil tidak berjaya membawa pulang piala kali ini, saya akan mendaki Gunung Snowdon dengan hanya memakai thong (seluar dalam wanita),” katanya.
Namun, sangkaan Jolley meleset kerana Brazil gagal memenangi piala berkenaan.
Dengan kekalahan Brazil 1-7 kepada Jerman dalam peringkat separuh akhir, Jolley terpaksa menunaikan janjinya.
Menurut media, dengan tidak memakai apa-apa selain seluar dalam wanita, Jolley mendaki gunung setinggi 1,085 meter itu dalam masa selama tiga setengah jam untuk sampai ke puncak, kelmarin. “Saya orang yang berpegang pada janji. Biasanya jika bertaruh dalam perlawanan, saya tidak akan menyuarakan sesuatu seperti ini, tetapi kali ini Neymar dan David Luiz benar-benar menghampakan saya. “Selepas menangis selama beberapa jam, saya sedar saya boleh menjadikan kekecewaan ini kepada sesuatu yang positif. “Dengan menunaikan janji saya itu, saya menjadi lelaki pertama mendaki gunung dengan berseluar dalam. Pada masa sama, saya juga memungut derma dan berjaya mengumpul £450 (RM2,427) untuk tujuan kebajikan,” katanya. - Agensi

sumber : hmetro.com

Derita ‘penunggu’ gua

Foto
Gua Musang: Keghairahan seorang bomoh warga Indonesia yang bertapa untuk menambah ilmu berakhir dengan tragedi apabila dia terpaksa menahan kesakitan hampir 24 jam akibat patah tangan kiri selepas terjatuh dalam sebuah gua di Rancangan Tanah FELDA Chiku, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa Khairul Anwar Rudin, 31, yang dalam perjalanan keluar dari gua dan berada pada ketinggian 10 meter bersama rakannya dipercayai terjatuh selepas terkejut melihat seekor ular putih. 
Mangsa berjaya diselamatkan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.45 petang kelmarin selepas dia ditemui seorang peneroka yang kebetulan berada di kawasan berkenaan. 

Dia yang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk menerima rawatan kini dilaporkan stabil, manakala rakannya Haslinda Isa, 44, tidak cedera.
Menceritakan detik cemas itu, Haslinda berkata, mereka mula masuk ke dalam gua berkenaan pada jam 11 pagi Selasa untuk bertapa.

sumber  : hmetro.com

Terlebih Makan Kambing


Alor Gajah: Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.

Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan. 

Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.



Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.

"Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal. 

“Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan," katanya. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan. 

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. 

sumber : hmetro.com

Mangsa mercun rela kaki dipotong

Laporan Sinar Harian, semalam.
HULU BERNAM - Bapa kepada lima anak yang menjadi mangsa mercun menjalani pembedahan bagi membuang kaki kirinya di Hospital Slim River (HSR) setelah 80 peratus kakinya hancur akibat letupan bahan itu yang dipercayai buatan sendiri.

Isteri mangsa, Nor Hassilah Shamsuddin, 29, berkata, suaminya dimasukkan ke dewan bedah kira-kira jam 1 petang semalam dan pembedahan ambil masa hampir lima jam.

“Abang setuju kaki kirinya dipotong sehingga pangkal paha kerana 20 peratus saja yang tinggal selepas berlubang dan sebahagiannya hancur terkena letupan besi (ekzos).


“Pembedahan dilakukan kerana jangkitan kuman sudah ada, kalau lambat, risikonya besar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nor Hassilah menemani suaminya, Khairul Azani Md Desa, 35, sepanjang hari selepas dimasukkan ke HSR petang kelmarin akibat cedera terkena letupan mercun.

Katanya, selain kaki kiri, ibu jari dan jari telunjuk di sebelah tangan kanan dan kiri suaminya turut dipotong, manakala satu jari tengah tangan kiri berjaya disambungkan semula.

Nor Hassilah sedih, namun reda terhadap apa yang menimpa suaminya.

“Selalunya kita tengok dalam televisyen nasib mangsa mercun tapi sekarang berlaku depan mata, kena pada suami sendiri.

“Memang sedih tapi kita tak boleh menolak takdir ALLAH. Saya reda atas apa yang berlaku,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, Nor Hassilah terpaksa berulang-alik ke HSR bersama anak bongsunya berusia setahun menaiki motosikal.

Dia mengakui agak kesempitan masa kerana memikirkan menjaga suami dan makan minum anak-anaknya.

Menurutnya, sambutan Syawal juga tidak dapat disiapkan dan segala perancangan terpaksa dihentikan untuk menumpukan perhatian kepada suami.

Nor Hassilah mengakui bersyukur kerana pihak HSR berjanji untuk mendapatkan bantuan kaki palsu dan kerusi roda untuk suaminya.


Anak-anak trauma

Sementara itu, anak sulung mangsa, Nor Amira Natasha, 12, berkata, melihat kejadian menimpa bapanya membuatkan mereka lima beradik trauma dan tekad untuk tidak bermain mercun lagi.

“Sebelum ini memang kami suka main mercun dan bunga api tapi bila tengok ayah jadi macam ni kami jadi takut dan tak akan main lagi.

“Ibu pun pesan jangan cuba-cuba main mercun nanti jadi macam ayah...kami yang susah,” katanya.

Menurut Nor Amira Natasha, kejadian malang menimpa ayahnya hanya berbaki beberapa hari sebelum Syawal menjelma, dan sebelum ini mereka lima beradik sudah mengimpikan untuk menyarung baju baharu untuk menyambut Aidilfitri.

Namun, dia terpaksa melupakan hasrat itu dan berlapang dada menerima ketentuan ALLAH SWT.

“Memang kami nak kalau boleh tahun ini pakai baju baru sambut raya, tapi bila tengok ayah sakit, biarlah duit itu digunakan untuk belanja rawatan ayah.

“Selama ini pun ayah seorang saja bekerja. Kerja pun kerja kampung, ibu suri rumah saja. Jadi apa yang kami harapkan ayah sihat dan dapat balik rumah,” katanya yang belum berkesempatan melawat ayahnya di hospital.


Dengar letupan kuat

Dalam pada itu, bapa mertua mangsa, Shamsuddin Sangkarjak, 63, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat dan terkejut mendengar letupan kuat serta suara kanak-kanak menjerit menangis.

“Cucu sulung saya datang menangis panggil saya naik atas tengok ayah mereka.

“Sebelum itu saya memang syak ada ada sesuatu yang berlaku selepas mendengar bunyi letupan meriam. Saya kata ini mesti ayah mereka sebab dia suka main meriam,” katanya.

Bagaimanapun, Shamsuddin bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan cucu-cucunya.

Dalam kejadian petang Sabtu lalu, Khairul Azani cedera parah setelah ekzos yang mengandungi belerang tiba-tiba meletup ketika dia sedang mengetuk-ngetuk besi tersebut di depan rumahnya.


sumber : sinarharian.com

Terkulai bagai kena tembak

Abdul Rahman Endot
SIMPANG RENGGAM -  Kegembiraan mengikut kumpulan marhaban bagi meraikan 1 Syawal bertukar tragedi buat Abdul Rahman Endot, 43, apabila anak kesayangannya, Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman, 2, maut selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Ithnin Maarof, di sini Isnin lalu.

Mangsa, Mohd Hafi Rayan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang, dekat sini, akibat kecederaan di dada, muka, tangan kiri dan bahagian dalaman.

Abdul Rahman berkata, dia bersama Hafi Rayan menyertai kumpulan marhaban bersama penduduk kampung berkenaan ketika kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari.

“Sebaik memberhentikan motosikal di hadapan sebuah rumah bagi menantikan kunjungan kumpulan marhaban berkenaan, tiba-tiba sebiji bola mercun jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang meletup betul-betul di hadapan kami berdua.

“Sebaik saja mercun bola itu meletup, Hafi Rayan yang berada dalam dakapan saya terus terkulai bagaikan terkena tembakan," katanya.

Dia bagaimanapun bergegas ke Klinik Simpang Renggam untuk mendapatkan rawatan awal dan kemudian dirujuk ke Hospital Kluang,

Abdul Rahman turut mengakui sedih dengan kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

“Saya masih tidak dapat menerima kematian anak saya disebabkan kecuaian orang lain bermain mercun.

“Akibat kejadian itu, saya kini trauma setiap kali mendengar bunyi mercun dan kemungkinan menghadapi masalah pendengaran di telinga kiri," katanya.

Mengimbas kembali sebelum kejadian, Abdul Rahman berkata anaknya itu sungguh gembira apabila dapat mengikutnya marhaban.

"Namun saya tidak sangka rupa-rupanya itulah petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya..., kehilangan Hafi Rayan amat dirasai kami sekeluarga.

"Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden ini,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia turut mengalami kecederaan ringan di muka, telinga dan bibir selain kerosakan di bahagian meter motosikalnya.

Sementara itu, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan itu dijalankan walaupun pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa-apa laporan daripada keluarga mangsa.

Menurutnya, polis tetap memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 304(b) dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

“Polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa dan beberapa saksi lain bagi bantu siasatan," katanya.


sumber : sinarharian.com

10 Kejadian di Dunia yang tidak pernah terungkai

10 kejadian di Dunia yang tidak pernah diungkai dan kejadian ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

1. Rumah Hantu The Amityville

10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai
Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya apenulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.
Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.
Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.
Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.
Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?
2. Misteri Kematian Mary Reeser
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai
Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.
Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh wanita itu.
FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian.
“Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.
Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah kejadian paling luar biasa yang pernah saya lihat.
Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang banyak berbicara tentang sihir dan ilmu hitam,” ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania’s School of Medicine. Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri ini.
3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai


















The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tanggal 8 Februari 1855. Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1,5 inc (4 cm) dan lebar 2,5 inc (6,35 cm).
Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak -jejak itu juga ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi.
Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu. Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah Devil’s Footprint.
4. Misteri Zana ‘Manusia Purba’
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai


















Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet.
Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.
Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.
Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.
Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam ruangan.
Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza.
Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.
Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya meninggal 1954.
Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka berkulit gelap.
Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.
Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden.

5. Matton Gets Jitter From Gas Attacks
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai






















The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-an.
Kejadian pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.

Sekitar 10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.
Ketiga serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati bersama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.
Berikutnya yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Desember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00 Mereka pun lemas.
Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.
Kejadian ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan Hall.
Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui jendela yang rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.
Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.
Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.
6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai


















Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520 km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Serikat. Sejak masa penjajah, daerah itu dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan.
Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu.
Berita yang beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.
Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk setempat menyebutnya sebagai “The Devil’s Swamp”
Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di daerah berawa.
Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah itu.
7. The Clapham Wood Mystery
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai















The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris.
Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.
Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh (UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.
Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil kajian diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi. Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu kapur yang biasanya rendah radiasi.
Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat ‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pohon besar di sana.
Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun 1972 dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.
Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.
Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tak dapat dijelaskan.
8. Misteri Rumah Hantu Summerwind
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai

















Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah paling keras di Wisconsin.
Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana.
Summerwind pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.
Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras.
Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan ‘penunggu’ rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.
Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.
Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini kerap diganggu berbagai kejadian aneh.
Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.
Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba bunuh diri.
Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.
Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian gedung itu rosak teruk.
Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar petir.
Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.
9. Hopkinsville Goblins : Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai





















Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.
Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. ” Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.
Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.
Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya gi untuk makan malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di langit sebelah barat.
Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.
Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki. Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.
Setelah itu, semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.
10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp
10 Kejadian Aneh Dan Misteri Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai
















Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan memiliki tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.
Matanya menyeramkan sebesar jeruk glowing. Makhluk itu memiliki tiga jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk kadal dari rawa.
Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore Swamp.
Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di belakangnya.
Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta.
David berusaha lari . Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.
Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.
Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.
Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI untuk siasatanlebih lanjut.

Ahad, 27 Julai 2014

Lelaki warga Indonesia maut ditikam















Georgetown: Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala rakannya parah selepas mereka diserang dan ditikam sekumpulan tiga lelaki lain di hadapan Kompleks Bukit Jambul, di sini, 7.25 malam tadi.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20-an itu sedang berjalan di depan pusat beli belah terbabit sebelum ditikam kumpulan lelaki berkenaan. 
Berikutan itu mangsa yang ditikam di belakang badan maut manakala rakannya yang ditikam di perut parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP). 

Semua suspek yang dipercayai warga Indonesia kemudian melarikan diri.
Setakat ini unit forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

sumber : hmetro.com

Pokok 'ajaib' keluarkan 40 jenis buah berbeza setahun


NEW YORK 27 Julai - Seorang pemahat dan pelukis dari Universiti Syracuse di sini, berjaya menghasilkan sebatang pokok ‘ajaib’ yang mampu mengeluarkan kira-kira 40 jenis buah yang berbeza sepanjang tahun.


Pokok yang dipanggil ‘The Tree of 40 Fruits’ itu dihasilkan Sam Van Aken, dan didapati mampu mengeluarkan buah pic, plum, aprikot, nektarin (menyamai pic) dan ceri pada kebanyakan masa sepanjang tahun ini selepas dihasilkan menerusi kaedah kacukan.


Malah, setakat ini, terdapat 16 pokok-pokok ajaib itu yang boleh didapati di kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat (AS) termasuk Santa Fe, New Mexico; Short Hills, New Jersey; Louisville, Kentucky dan Pound Ridge, New York.


Semasa musim bunga, daun-daun pokok yang berkembang itu menghasilkan gabungan warna memukau seperti merah, merah jambu, putih dengan setiap pokok menunjukkan ciri-ciri tersendiri pemilihan buahnya. - Agensi

sumber : utusan.com


Larian Berapi

Foto
Kuala Lumpur: Seorang anggota detektif polis melecur di beberapa bahagian tubuh apabila kereta yang dinaikinya dibakar seorang lelaki tidak dikenali di Batu 6 1/2, Jalan Puchong, awal pagi semalam.
Mangsa, Koperal Elango Gopal dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sempat menyelamatkan diri dan berlari ke rumahnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa yang terbakar pada tangan, muka, bahu kanan dan badan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh isterinya kira-kira jam 8 pagi.
Sumber berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bersama dua rakannya menemui seorang pemberi maklumat di Petaling Jaya sebelum mereka singgah bersahur di sebuah restoran kira-kira jam 5 pagi.
“Dua lagi anggota memandu kereta milik persendirian manakala mangsa memandu kereta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Proton Waja berwarna kelabu.
“Selepas bersahur mereka bersurai dan pulang ke rumah masing-masing malangnya mangsa dipercayai diserang seorang lelaki sebelum dibakar bersama kenderaan berkenaan,” katanya.
Katanya, kereta berkenaan ditemui di kawasan perindustrian di Jalan Puchong iaitu satu kilometer dari rumah mangsa oleh anggota polis Balai Polis Sri Petaling.
“Isteri mangsa menghubungi rakan setugas suaminya sejurus menghantar mangsa ke hospital.
Difahamkan mangsa dalam keadaan stabil dan masih dirawat kerana melecur,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Chew, 33 berkata, dia terdengar bunyi letupan kuat kira-kira jam 7 pagi.
“Saya segera membuka pintu rumah dan melihat api marak membakar sebuah kereta Proton Waja di depan kilang ini.
“Saya segera menghubungi bomba tetapi ketika pergi memeriksa kereta berkenaan saya lihat pemandunya sudah tiada,” katanya yang menyewa sebuah bilik di tingkat atas kilang berkenaan.
Katanya, pasukan bomba yang datang memadamkan kebakaran itu terkejut apabila menemui pelbagai buku log dan fail mengandungi dokumen milik PDRM.

sumber : hmetro.com

Cerita-Cerita Menarik