KLIK.. Peluang Anda

Rabu, 13 Ogos 2014

Sumbat ibu dalam beg

Foto
Denpasar: Mayat seorang pelancong Amerika ditemui dalam beg pakaian di sebuah hotel eksklusif, manakala anak perempuan dan teman lelakinya ditahan berhubung pembunuhan itu, kata polis semalam.
Mayat Sheila von Wiese Mack ditemui disumbat dalam beg berkenaan dan disimpan dalam but sebuah teksi di depan Hotel St Regis, Nusa Dua kelmarin. 
Sumber berkata, mayat Sheila ditemui separuh bogel dengan beberapa kesan kecederaan di kepala. 

“Polis percaya mangsa melawan ketika cuba dibunuh,” katanya.
Ketua Polis Nusa Dua, Djoko Hari Utomo pula berkata Sheila, 62, menginap di hotel lima bintang itu bersama anaknya, Heather, 19, selama beberapa hari sebelum teman lelaki remaja terbabit, Tommy Schaefer, 21, datang untuk tinggal bersama.

“Pada malam Isnin, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Sheila bertengkar dengan Schaefer di lobi hotel. 

“Keesokan hari, Heather dan Schaefer mendaftar keluar dengan membawa beberapa beg pakaian yang polis percaya satu daripadanya berisi mayat Sheila,” katanya. 
Djoko berkata, mayat wanita terbabit ditemui selepas Heather dan Schaefer menghilangkan diri dan ditunggu lama pemandu teksi. 

Siasatan polis, katanya, menunjukkan pasangan terbabit meninggalkan hotel berkenaan melalui pantai di bahagian belakang. 

Polis menjalankan operasi dan mengesan mereka tidur di sebuah hotel di Legian semalam. 

“Ini adalah kes bunuh,” katanya. 

Pemeriksaan menunjukkan mangsa dipukul dengan objek tumpul dan satu daripada jarinya patah. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik