KLIK.. Peluang Anda

Rabu, 6 Ogos 2014

cantik pun susah!

Foto
Astana: Pemain bola tampar wanita Kazakhstan menjadi sasaran kritikan ramai kerana dianggap terlalu cantik untuk bergelar seorang atlet.
Malah jurulatih pasukan bola tampar kebangsaan Kazakhstan, Nurlan Sadikov juga berpendapat kecantikan Sabina Altynbekova, 17, mengganggu fokus pertandingan.
Sabina mula mendapat perhatian dunia maya sejak gambarnya beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Bawah 19 Tahun Asia 2014 di Taiwan tersiar di Internet baru-baru ini.

Namun kecantikan yang dimiliki Sabina turut membawa impak negatif kepada pasukannya.
Menurut Nurlan, pasukan bola tampar wanita Kazakhstan sukar beraksi cemerlang dalam keadaan begitu.

“Reaksi penonton seolah-olah hanya ada seorang pemain dalam pasukan dan kejohanan ini,” katanya.

Akhbar di Kazakhstan juga melaporkan penonton hadir ke sesuatu perlawanan hanya untuk melihat Sabina dan tidak menghiraukan tentang perjalanan pertandingan.

Sabina bagaimanapun berharap, segala populariti dan perhatian yang diterimanya tidak mengganggu fokusnya sebagai seorang atlet bola tampar.

“Pada mulanya saya gembira dan rasa dihargai tetapi lama-kelamaan ia mula melampaui batas. 

“Saya mahu fokus kepada karier dan mahu dikenali sebagai seorang atlet bola tampar, bukan kerana paras rupa,” katanya.

Populariti Sabina mula berkembang di laman sosial apabila berita mengenainya mula tersebar luas di Internet menyebabkannya tidak menang tangan menjawab semua pertanyaan peminatnya di seluruh dunia 

Mengaku beragama Islam, Sabina turut menunjukkan keprihatinannya kepada isu Gaza. “Sayangi Palestin, Tuhan bersama kalian,” katanya melalui Twitter. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik