Beijing: Penyeludup organ di China dilapor mengaburi pihak berkuasa dengan menyeludup organ, khususnya buah pinggang sebagai makanan laut.
Organ itu dilapor dibungkus di dalam kontena sejuk beku dan diterbangkan ke Guangdong.
Seorang anggota kumpulan berkenaan Mo Yongqing mendakwa, dia selalu berjaya melepasi kawalan keselamatan dengan menggunakan alasan kontena itu berisi makanan laut yang sudah dibekukan.
Bagaimanapun, kegiatan dia dan rakannya terbongkar baru-baru ini menyebabkan mereka ditangkap.
Bagaimanapun, kegiatan dia dan rakannya terbongkar baru-baru ini menyebabkan mereka ditangkap.
Mo dan 11 rakannya semalam dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Penderma organ yang menggunakan khidmat kumpulan itu terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk seorang yang berusia 21 tahun dari wilayah Anhui yang cuba membuktikan dia boleh mendapatkan wang sendiri sehingga seorang lelaki berusia 27 tahun yang memerlukan wang untuk menjelaskan hutang judinya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan