KLIK.. Peluang Anda

Selasa, 5 Ogos 2014

''Rambo Bentong' ke Tali Gantung


Temerloh: Penjenayah dikenali sebagai 'Rambo Bentong', Rabidin Satir, 43, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, selepas didapati bersalah merogol dan membunuh seorang gadis berusia 17 tahun di Bentong pada 2009.












Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan dibuat secara bersumpah oleh Rabidin dan juga hujah dikemukakan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum ini. 
Tertuduh yang berasal dari Kampung Limbang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Rabidin yang berkerusi roda kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan kepadanya melalui dialek Kadazan Dusun oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara jam 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, keesokan harinya di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.

sumber : hmetro.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik