KLIK.. Peluang Anda

Rabu, 6 Ogos 2014

Kebumi ibu dua kali

Houston: Seorang lelaki terpaksa mengebumikan ibunya buat kali kedua selepas sebuah rumah mayat tersilap memberi mayat untuk dikebumikan dalam kubur yang sama dengan bapanya.
Walaupun mendapat jaminan daripada rumah mayat, Edna Lawson tidak berada dalam keranda yang dikebumikan di atas keranda mendiang suaminya di tanah perkuburan di Houston, Texas.

Anak lelakinya, Bruce Lawson memberitahu syarikat pengurusan mayat Mabrie, ada sesuatu tidak kena apabila dia cuba mengenal pasti mayat ibunya.

Dia berkata: “Saya memberitahu mereka mayat itu tidak kelihatan seperti ibu saya. Mungkin kamu tersilap dan mungkin ia mayat orang lain. Tetapi mereka bertegas berkata mereka tidak melakukan kesilapan seperti itu.” Tetapi, beberapa hari selepas pengebumian pada 26 Julai itu, dia menerima panggilan daripada pekerja rumah mayat terbabit yang memintanya datang ke sana untuk mengenal pasti mayat ibunya buat kali kedua.

Syarikat pengurusan mayat itu mengaku ia tertukar mayat Edna dengan seorang lagi wanita yang diuruskannya.

“Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada keluarga Lawson kerana terpaksa berdepan dengan keadaan seperti ini,” kata syarikat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik