
Seorang jururawat yang telah memenangi wang tunai sebanyak sejuta pound
sterling memalui rancangan realiti The Vault telah memutuskan bahawa
beliau tidak akan sama sekali berhenti daripada menjadi jururawat walaupon
gaji jururawat hanya lah 25,000 pound sterling setahun.
Karen Shand yang bertugas di Hospital Kirkcaldy, Scotland itu telah
memenangi wang tunai sejumlah itu apabila berjaya menjawab 6 soalan
dengan betul dan beliau adalah orang yang pertama mencapai kemenangan
setinggi itu melalui rancangan tersebut.
Jururawat yang berusia 40 tahun itu berkata bahawa wang sebanyak itu
mungkin akan mengubah hidupnya tapi tidak sesekali akan mengubah siapa
dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan