Dua pemimpin Khmer Rouge semalam dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah terbabit dalam jenayah kemanusiaan dan bertanggungjawab atas kematian sekurang-kurang dua juta penduduk Kemboja.
Nuon Chea, 88, dan bekas pemimpin Kemboja Khieu Samphan, 83, tenang ketika hukuman dibacakan di mahkamah.
Hakim Nil Nonn berkata, kedua-dua tertuduh adalah pegawai kanan ketika era kerajaan Khmer Rouge.
“Mereka bersalah kerana melakukan jenayah kemanusiaan dan penganiayaan politik dan kelakuan tidak berperikemanusiaan lain,” katanya.
Peguam kedua-dua tertuduh segera menyatakan akan membuat rayuan atas hukuman itu namun hakim berkata, mereka perlu terus dipenjara sehingga keputusan muktamad diperoleh.
Dalam perbicaraan, pendakwa memohon Chea dan Samphan dikenakan hukuman penjara seumur hidup berdasarkan pembabitan mereka sebagai tokoh utama rejim dulu yang menyebabkan kira-kira suku daripada populasi Kemboja mati antara 1975 hingga 1979.
Dikenali sebagai Abang Nombor Dua, Chea adalah timbalan kepada pemimpin tertinggi Khmer Rouge, Pol Pot dan dianggap ketua pembangunan yang bersekongkol “merancang, mengarah, menghasut dan membantu” kekejaman di negara mereka.
Pol Pot mati pada 1998 tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
Pol Pot mati pada 1998 tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
Ketika Pol Pot berkuasa, kerajaan memaksa jutaan penduduknya hidup bertani tetapi keadaan itu menyebabkan mereka berada dalam kemiskinan melampau.
Penduduk yang ingkar atau memusuhi revolusi itu akan diseksa atau dibunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan