KLIK.. Peluang Anda

Khamis, 7 Ogos 2014

Haiwan ‘orang ketiga’

Jika di tempat lain sesebuah rumah tangga diancam oleh kehadiran orang ketiga, di wilayah Nakuru, Kenya hubungan suami isteri terganggu oleh kedatangan haiwan liar yang berkeliaran.
Ia mungkin kelihatan aneh, namun ‘penderitaan’ sebenar dirasai penduduk di Kampung Eburru di bandar ini.
Penduduk kampung berkenaan yang majoritinya wanita menyatakan pasangan mereka semakin galak mengabaikan tempat tidur kerana terpaksa berkawal di luar rumah untuk bagi mengelakkan serangan haiwan liar.
Serangan haiwan liar, kata mereka, boleh menyebabkan penduduk setempat mengalami kerugian atau kekurangan bekalan makanan.
Wanita dari kampung itu, Philemona Njoki berkata, kebanyakan lelaki tidak lagi tidur di rumah masing-masing sebaliknya bermalam di atas pokok bagi mengawal kebun mereka daripada dirosakkan haiwan liar.
“Wanita pula tidak berani keluar rumah selepas jam 6 petang.
“Masalah ini membuat hubungan suami isteri semakin renggang,” katanya.
Bimbang keadaan berlarutan, lebih 300 orang membanjiri jalan raya di bandar Nakuru bagi menuntut kerajaan membayar ganti rugi.
Penduduk juga mengadu mengenai kerbau liar yang menceroboh kawasan kampung dan mencederakan beberapa orang serta mengganggu sesi pembelajaran di kebanyakan sekolah.
Seorang daripada petani terbabit, Francis Kariuki berkata, mereka terpaksa membina ran di atas pokok bagi memantau keadaan kebun mereka pada waktu malam.
“Ada kerbau tidur di tepi jalan selepas merosakkan tanaman dan kebun kami.
Ini membahayakan kanak-kanak yang dalam perjalanan ke sekolah dan penduduk sekitar,” katanya.
Seorang pemimpin tempatan, Boniface Thuo mendakwa haiwan liar berkenaan dipindahkan dari kawasan lain ke situ oleh agensi hidupan liar beberapa bulan lalu.

sumber : hmetro.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik