KLIK.. Peluang Anda

Rabu, 6 Ogos 2014

Bungkus diri dalam pesawat

bungkus-diri-dalam-pesawat
ISRAEL, (MLP) - Gambar seorang lelaki yang berbungkus dalam beg plastik menaiki kapal terbang menjadi perdebatan di Internet sejak seminggu lalu.

Menurut keterangan si pengambil gambar, lelaki berkenaan merupakan lelaki Yahudi Ortodok dan gambar tersebut diambil dalam penerbangan El Al Israel.

Laporan  portal media negara tersebut, Haaretz, menyebut lelaki tersebut adalah dari golongan ultra ortodok Yahudi yang berpegang kuat kepada peraturan ketat pengasingan jantina di khalayak ramai.

Golongan ini dikenali sebagai Kohen atau Cohen, dan sering menukar tempat duduk mereka bagi mengelak duduk di sebelah penumpang wanita.

Menurut kepercayaan, golongan ini tidak dibenarkan untuk berjalan atau terbang di atas kawasan tanah perkuburan, yang akan menyebabkan mereka tidak 'suci' lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik