Edinburgh: Seorang wanita mabuk yang menaiki penerbangan Thomson Airlines dari Tunisia mengakibatkan kekecohan apabila bertindak di luar jangkaan termasuk menampar seorang kanak-kanak dan membaling kaki palsunya kepada anak kapal.
Penumpang John Smith, 48, berkata dia terkejut apabila wanita itu mula menjerit meminta rokok dan payung terjun untuk keluar dari pesawat berkenaan.
“Saya melihatnya menampar seorang budak perempuan sebelum menyerang pramugari dengan kaki palsunya.
“Anak kapal lain cuba merampas kaki palsu itu daripadanya tetapi dia mula menendang mereka menggunakan kaki yang tidak cacat.
“Anak kapal lain cuba merampas kaki palsu itu daripadanya tetapi dia mula menendang mereka menggunakan kaki yang tidak cacat.
“Bunyinya lawak tetapi ketika itu kami semua ketakutan. Dia sangat mabuk,” katanya.
Wanita itu berjaya ditahan dan digari sebelum juruterbang meminta izin mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London dan menyerahkannya kepada polis yang menunggu.
Kejadian itu menyebabkan penerbangan terbabit lewat tiga jam ke destinasi akhirnya di Edinburgh. - Agensi
Kejadian itu menyebabkan penerbangan terbabit lewat tiga jam ke destinasi akhirnya di Edinburgh. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan