KLIK.. Peluang Anda

Isnin, 11 Ogos 2014

Konstabel Zakiah buat 42 panggilan telefon sejak diculik 12 Julai lalu

Konstabel Zakiah buat 42 panggilan telefon sejak diculik 12 Julai lalu
KOTA KINABALU: Konstabel Zakiah Aleip setakat ini sudah membuat sebanyak 42 panggilan telefon kepada keluarganya sejak dia diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, pada 12 Julai lalu. 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata mangsa turut berkomunikasi dengan pihak polis dan mengatakan dia kini sihat dan selamat. 


"Bagaimanapun, beliau (Zakiah) tidak memberitahu di mana lokasi sebenar dia berada kerana kumpulan penculik terbabit sering berpindah kawasan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Filipina. 

"Rundingan kini masih berjalan kerana apa yang diminta (tebusan) oleh kumpulan terbabit terlalu tinggi, namun apa yang penting Zakiah kini berada dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi. 


sumber : bharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Menarik