KLIK.. Peluang Anda

Jumaat, 15 Ogos 2014

Pengantin silap rumah

Sanaa (Yaman): Seorang pengantin perempuan dibawa ke rumah pengantin lelaki lain oleh rombongan yang mengiringinya.
Dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian yang memalukan itu pada saat akhir.
Penduduk kampung berhampiran Sanaa berbaris di sepanjang jalan raya untuk menyambut ketibaan pengantin perempuan berkenaan yang menaiki sebuah kereta mewah dengan diiringi kenderaan lain sambil mereka membunyikan hon kenderaan masing-masing untuk memeriahkan suasana.
Apabila rombongan itu tiba di rumah pengantin lelaki terbabit, satu rombongan pengantin perempuan lain juga berhenti berhampiran rumah sama.
“Hon kenderaan dan muzik dihentikan tiba-tiba dan orang ramai mula ketawa.
Anggota keluarga pengantin lelaki meluru keluar dari rumah dan memberitahu rombongan pengantin perempuan pertama bahawa mereka tersilap pengantin lelaki dan salah rumah,” lapor media tempatan, semalam.

200 pesakit hidup diisytihar mati

Melbourne: Sebuah hospital semalam memohon maaf selepas tersilap menghantar notis kepada doktor lebih 200 pesakit untuk memaklumkan mereka bahawa pesakit terbabit meninggal dunia.
Notis itu sepatutnya dihantar untuk memberitahu bahawa pesakit berkenaan sudah dibenar pulang.
Kesilapan Hospital Austin di Melbourne itu dikesan dalam masa beberapa jam dan doktor dimaklumkan mengenai kekeliruan itu.
Bagaimanapun, ia agak terlewat apabila seorang doktor menghubungi keluarga pesakitnya untuk mengucapkan takziah.
Austin Health yang mentadbir hospital itu berkata, ia tersilap menghantar notis berkenaan selepas perubahan pada templat notis pemberitahuan kematian pada komputer digunakan untuk templat notis pemberitahuan keluar hospital.
“Sebaik menyedari kesilapan itu, kami serta-merta menghubungi semua doktor terbabit.
Kami memohon maaf dan mengaku ia kesilapan di pihak kami,” kata jurucakap Austin Health, Taryn Sheehy.
Presiden Persatuan Perubatan Australia cawangan Victoria, Tony Bartone berkata, kesilapan itu tidak boleh diterima.

- AFP

Restoran robot

Foto
Kunshan: Sebuah restoran di sini menarik pelanggan dengan mengguna belasan robot untuk memasak dan menghantar makanan.
Pekerja mekanikal itu menyambut pelanggan, menghantar makanan ke meja, malah memasak makanan di restoran yang dibuka secara rasmi minggu lalu.
“Anak saya meminta saya mencipta robot kerana dia tidak gemar melakukan kerja rumah,” kata pengasas restoran Song Yugang.

Dua robot ditempatkan di pintu untuk mengala-alukan ketibaan pelanggan, sementara empat digunakan untuk menghantar makanan ke meja.
Di dapur, dua robot biru dengan mata merah menyala digunakan untuk memasak sementara satu lagi ditugaskan untuk membuat kuih.


Menurut Song, setiap robot berharga kira-kira 40,000 yuan (RM21,000), hampir sama dengan gaji tahunan pekerja biasa.

“Robot itu boleh memahami 40 ayat yang biasa digunakan setiap hari. Mereka tidak akan sakit atau memohon cuti. Selepas dicas selama dua jam, mereka boleh bekerja selama lima jam,” kata Song.

Restoran itu bagaimanapun bukan yang pertama menggunakan khidmat robot.

Sebuah restoran di Harbin, timur laut China menggunakan khidmat pekerja seperti itu sejak 2012.

Bagaimanapun, robot yang digunakan untuk memasak mempunyai kepintaran terhad. Mereka perlu dibantu oleh pekerja biasa.

Namun pelanggan, khususnya kanak-kanak tetap terhibur dengan pelayan berkepala bulat itu walaupun ia hanya boleh bergerak pada laluan yang sudah ditetapkan saja.

Ia secara ramah akan meminta pelanggan ke tepi sekiranya laluan mereka dihalang.

Kos pekerja yang semakin meningkat di negara itu menggalakkan syarikat pembuatan beralih kepada robot dan China tahun lalu mengatasi Jepun untuk menjadi negara pengguna robot perindustrian terbesar dunia.- AFP

Khamis, 14 Ogos 2014

Suspek 'rompak' wang mangsa MH370 dikenal pasti

Putrajaya: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit mengeluarkan wang simpanan milik penumpang MH370 daripada akaun bank mereka.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya ia dilakukan oleh orang dalam bank berkenaan. 
"Kami kini sedang memburu suspek berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat kementerian di sini, hari ini. 

Empat akaun bank milik mangsa pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu dikesan 'dirompak' apabila wang simpanan mangsa berjumlah lebih RM100,000 lesap daripada akaun berkenaan.

Difahamkan, kehilangan itu disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang pengurus bank selepas mendapati berlaku pengeluaran dan pemindahan wang daripada keempat-empat akaun oleh individu tidak dikenali.

Dalam perkembangan lain, Khalid dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan berlepas semula ke Amsterdam, Belanda bagi esok menyelesaikan masalah perundangan dan siasatan berkaitan nahas MH17 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kunjungan kali kedua ke Amsterdam itu menghormati perjanjian sedia ada dilakukan antara kerajaan Ukraine dan Malaysia sebelum ini selain menyelesaikan baki siasatan nahas MH17. 

"Kami amat komited bagi menyelesaikan masalah perundangan berkaitan nahas berkenaan," katanya.

Ais krim telur buaya

Foto
Davao (Filipina): Sebuah restoran di bandar ini mencipta pencuci mulut luar biasa selepas pemiliknya diberikan beberapa biji telur dari taman buaya berhampiran yang memelihara haiwan itu untuk daging dan kulitnya.
Pemilik restoran Sweet Spot berkata, pencinta haiwan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak menggunakan daging buaya dalam resipi tetapi hanya lebihan telur sang bedal itu yang tidak menetas. Sweet Spot menggunakan telur buaya sebagai ganti kepada telur ayam dan mencampurkannya dengan ramuan biasa seperti susu, krim, gula dan perisa.

Sebelum ini, pemilik Sweet Spot, Dino dan Bianca Ramos, menerima telur buaya daripada bapa saudara Dino yang juga pemilik Taman Buaya Davao.
Tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan telur itu, Dino memutuskan untuk menggunanya bagi membuat aiskrim.

Hasilnya amat memberangsangkan kerana ternyata ia sedap! “Sudah pasti ia ais krim biasa yang tidak mempunyai rasa buaya kerana kami hanya mengguna telurnya, tetapi ia benar-benar sedap.

“Buaya ialah spesies haiwan terancam. Kami menggunakan telur lebihan atau yang tidak menetas,” katanya.
Menurut Sweet Spot, telur buaya terdiri daripada 80 peratus kuning telur dan lebih banyak nutrisi berbanding telur ayam, menjadikan ia pilihan lebih sihat untuk ais krim mereka.

Ia bagaimanapun bukan sesuatu yang luar biasa.
Ice Cream Parlour di Whitby, North Yorkshire menjual ais krim ikan dan kentang. Ia dibuat menggunakan ikan kod yang disalut tepung, kentang goreng dan kekacang. Selain itu, kedai ais krim di London, Icecreamists pula pernah menimbulkan kekecohan kerana menyediakan ais krim daripada susu ibu dan diberi nama Baby Gaga.

Namun, iani semua tidak dapat mengalahkan Jepun kerana mereka adalah ‘Raja segala ais krim berperisa pelik.’ Antaranya, termasuk daging kuda, lidah lembu dan sotong kurita. - Agensi

Padah tulis kata lucah pada kertas saman

Padah
GEORGETOWN – Seorang tukang batu nisan dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menandatangani buku saman trafik dengan perkataan lucah dua bulan lalu.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar memerintahkan Lim Pei Jye menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Lim, 41, didakwa menulis kata-kata lucah pada buku saman yang diberikan kepadanya untuk ditandatangani dengan maksud mengaibkan kehormatan anggota polis trafik S.Thanesan di hadapan Kafe I Love U, di Jalan Batu Ferringhi, dekat sini, pada jam 9.50 pagi, 2 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes anggota polis trafik itu menahan Lim di hadapan kafe berkenaan kerana melanggar isyarat lampu merah.

Polis trafik itu kemudiannya mengeluarkan saman kepada Lim dan menyerahkan buku saman untuk Lim menandatanganinya, sebelum mendapati ruang tanda tangan itu ditulis dengan perkataan lucah.

Terdahulu, peguam Muhammad Arif Shaharuddin yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan atas alasan lelaki berkenaan mempunyai tanggungan dua orang anak.

“Tertuduh memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Ketika kejadian dia dalam keadaan tertekan kerana dalam proses perceraian dengan isterinya. Oleh itu, saya memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan tertuduh,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Hashim kemudiannya berkata perceraian tidak boleh digunakan sebagai alasan atas tindakan yang dilakukan untuk mengaibkan seorang anggota polis secara peribadi dan memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dan faktor kepentingan awam diambil kira.

“Tertuduh sengaja menulis perkataan lucah kepada anggota polis trafik yang hanya menjalankan tugasnya. Sebelum itu, tertuduh juga melakukan kesalahan lalu lintas, melanggar lampu merah,” katanya, lapor Bernama.

sumber : bernama

Jutawan yang menyuruh anaknya bekerja sambilan di MacDonalds


Mantan Perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, menghantar anak 

perempuannya untuk bekerja di MacDonalds untuk mengajar anaknya 

tentang susah payah untuk mendapatkan duit. Thaksin juga kadang-kadang 

akan berhenti di restauran tersebut untuk membeli makanan dari anaknya 

sendiri. Thaksin juga turut berkata bahawa jangan memberi layanan 

istimewa kepada anaknya itu dan hendaklah dilayan seperti pekerja-pekerja 

yang lain. Dan jika perlu, suruhlah dia mop lantai sama seperti pekerja 

yang lain juga

Jutawan yang tiada tempat tinggal


Nicholas Berggruen bukan lagi bertaraf millionaire akan tetapi billionaire. 

Namun jejaka ini hilang minat terhadap memiliki sesuatu kerana baginya 

memiliki sesuatu bukanlah hebat mana malahan adalah sesuatu beban 

kepada manusia. Oleh sebab itulah beliau tidak memiliki sebarang kereta 

mewah, rumah dan lain-lain.

Beliau membungkus segala barang-barang penting dalam hidupnya, menjual 


kondominiumnya di New York, menjual rumah agamnya di Florida, dan 

menjual satu-satunya kereta yang dia ada dan memulakan kehidupannya 

dengan menginap di hotel.

Kesemua hartanya itu akan didermakan di beberapa buah badan kebajikan 


dan koleksi seninya pula didermakan kepada sebuah musium di Berlin. 

Anggaran yang dibuat oleh majalah Forbes pada tahun 2010 mendapati 

hartanya bernilai 2.2 billion USD.

Jutawan berkerja jururawat


Seorang jururawat yang telah memenangi wang tunai sebanyak sejuta pound 

sterling memalui rancangan realiti The Vault telah memutuskan bahawa 

beliau tidak akan sama sekali berhenti daripada menjadi jururawat walaupon 

gaji jururawat hanya lah 25,000 pound sterling setahun.

Karen Shand yang bertugas di Hospital Kirkcaldy, Scotland itu telah 


memenangi wang tunai sejumlah itu apabila berjaya menjawab 6 soalan 

dengan betul dan beliau adalah orang yang pertama mencapai kemenangan 

setinggi itu melalui rancangan tersebut.

Jururawat yang berusia 40 tahun itu berkata bahawa wang sebanyak itu 


mungkin akan mengubah hidupnya tapi tidak sesekali akan mengubah siapa 

dirinya.

Ingin membeli bandar di Bulgaria dan menukarkannya kepada namanya.


Jutawan sexy ini, Scott Alexander, merupakan diantara jutawan yang paling 

banyak membuat kontrovesi sehingga beliau digelar sebagai ‘Brittain’s 

biggest spender‘ dan juga ‘the most vain man in Brittain‘. Beliau pernah 

dilaporkan suka berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga 7000 pound 

sterling hanya untuk barangan solekannya untuk seminggu.

Kini beliau kembali dengan kontrovesi barunya iaitu ingin membeli sebuah 


bandar di Bulgaria dan menamakannya Alexander bersempena nama 

keluarganya.

Bandar Alexander akan dijadikan tempat mempromosikan produk-produk 


kecantikan seluruh dunia.

“Saya memilih Bulgaria kerana namanya yang agak susah untuk disebut, 


lagipon Alexander lebih senang untuk disebut dan lebih segak….,” tambahnya 

lagi.

Jual rumahnya dan tinggal bersama suku kaum di Kenya

Graham Pendrill adalah seorang saudagar barang-barang antik berasal dari 

Bristol, UK. Beliau yang merupakan seorang bujang berusia 57 tahun dan 

beliau kini ingin menjual rumah agam nya yang berharga 1.2 juta pound 

sterling untuk tinggal bersama suku kaum Masai dari kenya setelah mereka 

mengangkat beliau menjadi Elder of the Tribe.

Kisahnya bermula daripada Graham melawat negara tersebut tahun lepas dan 

telah menyelesaikan permasalahan antara suku kaum disana. Kaum Masai 

kemudiannya berhutang budi kepada beliau dan mengangkatnya menjadi 

seorang dari ahli suku kaum tersebut.

Sebelum menjadi ahli kaum, Graham menjalani ritual minum air kencing 

lembu 

dan seekor lembu telah dikorbankan khas untuk jasanya.

Setelah pulang ke kampung halaman, Graham sering dilihat berpakaian ala-

ala suku kaum tersebut dan bersandal walaupun dengan statusnya sebagai 

jutawan. Rancangan seterusnya untuk beliau adalah untuk menjual rumahnya 

di Bristol itu dan berpindah kembali ke puak Masai yang dijangka akan 

berlaku pada hujung tahun ini.

Anjing Jutawan


Gunther IV nama diberi, dan beliau merupakan anjing terkaya didunia. 

Gunther 

IV adalah seekor anjing jenis German Shepherd dan mewarisi harta yang 

banyak dari ayahnya Gunther III. Manakala Gunther III pula mewarisi harta 

tersebut dari seorang bangsawan German yang bernama Karlotta Liebenstein.

Mendermakan seluruh hartanya hanya kerana tidak gembira.


Karl Rabeder, dibesarkan dari keluarga yang serba kekurangan dan selalu 

bercita-cita untuk menjadi seorang yang kaya apabila besar nanti.

Rabeder kemudiannya menderma seluruh harta-hartanya itu yang merupakan 


sebuah villa menghadap tasik di Alps, Estate sebanyak 42 ekar di France, 6 

buah Glider, kereta-kereta mewah, dan beberapa lagi rumah miliknya. 

Kesemua hartanya itu didermakan ke beberapa buah badan kebajikan di 

beberapa negara.

Rabeder kemudiannya membawa diri ke tanah terbiar dan membina sebuah 


pondok kecil di Innbrucks, Austria dan hidup dengan gembiranya disitu. 

Menurut beliau, duit adalah penghalang kebahagiaan dan banyak memberi 

masalah untuk diselesaikan.

Jutawan dalam dunia maya, Online Game: Second Life.

















Second Life adalah sejenis online game yang di usahakan oleh Linden Lab dimana pengguna boleh memulakan hidup baru disana dengan membuat kerja, 

berniaga dan juga bersosial. Permainan ini dilancarkan pada 23 june 2003 dan mempunyai sehingga 20 juta orang pengguna berdaftar.

permainan ini juga dilengkapi dengan matawangnya sendiri dimana pengguna boleh menukar 1 USD kepada 250-275 Linden Dollar yang hanya boleh 


digunakan didalam permainan tersebut. Seorang bekas guru dari China yang bernama Ailin Graef mula bermain permainan ini pada tahun 2004 dan kini 

beliau telah memiliki sejumlah wang sebanyak 300 juta Linden Dollar yang juta bersamaan melebihi 1 juta USD.

Ailin menggunakan wataknya yang bernama Anshe Chung untuk membeli tapak-tapak dan tanah terbiar di dalam dunia maya itu untuk dimajukan 


dengan secara membina kawasan perumahan di atasnya yang mana kemudiannya dijual kepada pengguna yang lain.

Kini Ailin mengupah 10 orang programmer untuk bekerja dibawahnya dalam usaha untuk memajukan lagi tanah-tanah terbiar. Ailin juga diiktiraf sebagai 


orang yang pertama mencapai aset sebanyak itu dan orang yang paling berjaya didalam ‘kehidupan keduanya’ walaupun didunia realiti dia hanya lah seorang bekas guru.

Jutawan Bank Sperma


Robert Clark Graham telah membuka Bank Sperma sekitar 1980 yang bertempat di San diego dan hanya menerima sperma daripada pemenang-

pemenang anugerah Nobel dengan harapan dapat mengumpul baka-baka terbaik dari seluruh dunia.

Namun begitu, usahanya itu semakin tidak berbaloi dan hasratnya tidak kesampaian memandangkan usia pemenang-pemenang anugerah Nobel sudah 


lanjut dan tidak mampu memberikan jumlah yang optimum kepada banknya itu.

Graham kemudiannya terpaksa mengurangkan kriteria kepada yang ingin menderma namun masih agak keterlaluan apabila penderma mestilah memalui 


beberapa siri ujian IQ untuk layak menjadi penderma.
Kemudian, Graham sekali lagi terpaksa mengurangkan syarat-syarat 


membebankan itu dan membuka pula peluang kepada golongan atlit. Pada 1999, bank itu ditutup selepas beliau meninggal dunia.

Selama tempoh ia berfungsi, sejumlah 229 bayi dilahirkan dengan sperma-


sperma genius itu, namun setakat ini tidak ada seorang pun yang menunjukkan ciri-ciri pemenang anugerah Nobel.

Jutawan ditangkap kerana selalu berak di kaki lima.


Bertahun lamanya, North Ryde, yang mengusahakan sebuah restauran berasa bingung dan bagai nak gila apabila datang ke kedainya untuk memulakan 

perniagaan di pagi hari dan mendapati ketulan-ketulan najis yang memenuhi kaki lima di depan restauran nya itu. Namun kali ini beliau nekad, dan 

memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap orang misteri yang sanggup berbuat demikian kepadanya.

Taktiknya membuahkan hasil apabila sempat merakamkan wajah manusia durjana itu tetapi menimbulkan 1000 tanda tanya apabila apabila dimainkan 

berulangkali dan pihak polis mendapati lelaki berkenaan adalah seorang jutawan yang bernama Salvatore ”Sam” Cerreto. Beliau adalah seorang 

pengusaha hartanah berusia 71 tahun dan di dalam video tersebut sangat jelas dan nyata beliau berjalan-jalan sambil membawa tisu tandas, 

mencangkung dan melepaskan hajatnya itu didepan kedai tersebut.
Menurut laporan, ramai lagi yang menjadi mangsa perbuatan pelik jutawan 

tersebut dan mereka merasa sangat lega kerana mimpi ngeri mereka selama 4 tahun akhirnya tamat.

Maze Paling Besar Di Dunia

rekod dunia paling pelik
Maze adalah jalan yang dibina di kawasan taman oleh dinding yang 

menyusahkan kita jumpa jalan keluar. Maze yang mencipta rekod ini dibina 

oleh seorang pekebun Tom Pearcy yang terletak di luar kawasan New York. 

Maze tersebut meliputi tanah seluas 23 ekar. Ia direka menggunakan 

teknologi satelit yang digunakan untuk mereka maze buat kali pertama. 

Pekebun itu berkata yang maze itu direka sebagai tribute untuk ulang tahun 

Star Trek yang ke 40.

Kulit Yang Paling Regang di Dunia

rekod dunia paling pelik
Garry Turner yang tinggal di England menghadapi situasi medikal yang 

dinamakan sindrom Elhers-Danlos- sebuah kecacatan pada tisu penghubung, 

yang membolehkannya meregangkan kulit badannya sehingga 15.8cm. Dia 

telah mencatat rekod dalah Guinness Book of world records pada 29 Oktober 

1999.

Orang Paling Kedekut Di Dunia

rekod dunia paling pelik
Seorang wanita bernama Hetty Green dipercayai adalah seorang manusia 

yang paling kedekut di dunia. Dia pernah menjadi wanita terkaya 

di dunia kerana dia tidak membelanjakan wang langsung. Selalunya, dia 

hanya akan memakai sehelai baju berwarna hitam dan memakan pai kerana 

itu adalah makanan termurah. Semasa anak lelakinya patah kaki, Hettie 

menangguhkan rawatan kerana mencari pusat perubatan percuma.

Ular Berbisa Di Dalam Mulut Paling Banyak Di Dunia

rekod dunia paling pelik
Jackie juga terkenal dengan nama Lelaki Ular Texas. Dia telah mencipta rekod 

dunia apabila telah berjaya memasukkan 4 ekor ular berbisa di dalam 

mulutnya untuk satu jangka masa yang seolah-olah merupakan sebuah 

percubaan membunuh diri. Jackie telah mempunyai 4 rekod dunia termasuk 

yang ini. Ada yang menggelarkannya gila, sebahagian lagi menggelarkannya 

lagenda

Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia

rekod dunia paling pelik
Pencuci mulut paling mahal di dunia yang bernilai $25 000 telah mencipta 

rekod pencuci mulut paling mahal yang pernah wujud. Pencuci mulut itu 

dicipta di Restoran Serendipity pada 7 Novermber 2007 di New York. Pencuci 

mulut itu disediakan bersama-sama dengan seutas gelang tangan emas dan 

sebatang sudu emas 18k, yang boleh disimpan oleh pelanggan jiwa mahu.

Pisah kasih di tandas

Foto
Port Dickson: Seorang tukang cuci wanita ditemui mati oleh suaminya dalam tandas asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang di sini, selepas diserang sakit jantung ketika bekerja, semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku jam 10.30 pagi dan mangsa, Rosnani Mat Yusof, 41, sudah bekerja di sekolah itu sejak empat tahun lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa ada meluahkan keinginan mahu bekerja bersama suami yang juga tukang cuci di sekolah sama.

Sumber berkata, pasangan itu mempunyai sembilan anak dan sering melakukan pelbagai kerja lain selepas waktu kerja di sekolah.
“Kebiasaannya Rosnani dan suami bertugas di kawasan berlainan dalam sekolah tetapi sejak beberapa hari lalu, dia menyatakan mahu bekerja di lokasi sama dengan suaminya.

sumber : hmetro.com

Rabu, 13 Ogos 2014

Suami nikah jin

Kuala Lumpur: “Selama lebih 30 tahun bergelar isteri, saya banyak bersabar dengan kerenah suami yang langsung tidak mempedulikan rumah tangga dan kerap menghilangkan diri ke negara jiran.
“Kami seolah-olah terputus hubungan. Dia langsung tidak menelefon apatah lagi pulang menyambut Aidilfitri bersama sejak lima tahun lalu. Tiba-tiba dia pulang dan membuat pengakuan sudah beristerikan jin ketika menuntut ilmu di negara berkenaan,” kata Norehan, 58.
Warga emas itu tampil membuat pendedahan selepas tidak tahan hidup bersama suami yang mengamalkan sihir selain meninggalkannya bersama dua anak menguruskan kehidupan sendiri di tanah air.

Katanya, dia terkejut besar apabila mengetahui suaminya benar-benar menuntut ilmu songsang termasuk mengaku bernikah secara batin dengan jin di luar negara.
“Sejak dia pulang saya sedar perubahannya. Dia kerap berbuat baik dan sering meminta layanan lebih di bilik tidur tidak kira siang mahupun malam.

“Begitupun saya mula mengesyaki perkara menakutkan apabila dilayan kasar setiap kali hubungan seks hingga terpaksa menyerah dalam keadaan menekup muka kerana tidak tahan melihat mukanya,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Kebangsaan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Nurul Aini Yausoff di sini, minggu lalu.

Berikutan tidak tahan diperlakukan begitu, Norehan nekad meminta penjelasan sebelum rahsia suaminya terbongkar satu demi satu.

“Saya bukan saja dipukul, malah suami sanggup mengherdik saya di depan anak-anak hanya kerana perkara kecil termasuk ketika saya menyuruhnya bersolat dan puasa.

“Sedangkan sebelum ke negara jiran, dia boleh dibawa berbincang, bertolak ansur serta rapat dengan anak-anak,” katanya.

Norehan berkata, akibat terlalu taasub dengan ilmu songsang dituntut, suaminya bertukar menjadi aneh.

“Sejak menuntut ilmu pelik, dia selalu bercakap seorang diri dan merayu untuk bersama setiap hari. Paling menakutkan ada ketikanya dia merenung saya dengan mata kemerahan serta mengikut gerak geri saya tanpa jemu.

“Saya menjadi tambah bingung selepas kerap terjumpa barangan pelik seperti kain kuning dan botol dalam beg sandang suami. Anak-anak pula tunduk pada setiap kemahuannya,” katanya.

Selain itu, Norehan berkata, suaminya juga tidak betah di rumah dan hanya mampu bertahan kira-kira tiga jam sehari sebelum menghilang ke kedai kopi dan berbual panjang hingga ke awal pagi.

“Saya hanya bimbangkan dia. Kami bukannya muda lagi dan saya tidak mahu dia berterusan begitu selepas kami berpisah nanti,” katanya yang memohon khidmat nasihat untuk menuntut fasakh.

Sementara itu, Nurul Aini berkata, semakan pihaknya mendapati, Norehan sudah beberapa kali hadir di mahkamah, tetapi kes berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana dia tidak diwakili peguam.

sumber : hmetro.com

4 maut minum arak buatan sendiri

Jakarta: Empat lelaki mati selepas meminum arak buatan sendiri di sebuah rumah kedai di Karangsatria, malam Isnin lalu.
Polis semalam berkata, beberapa peminum arak sama kini dirawat di Hospital Anna Medika.
Jurucakap polis berkata, mereka penduduk dari kawasan Babelan.
Mengenai kaki botol yang mati itu, polis berkata, mereka tidak dapat menjalankan bedah siasat kerana mayat berkenaan sudah ditanam.
Kata jurucakap itu, waris pula enggan melaporkan kematian berkenaan kepada pihak berkuasa.
“Seorang daripada mangsa berkata, arak berkenaan dicampur dengan bahan penguat tenaga batin.
“Dakwaan itu masih disiasat dan polis melihat kemungkinan ada bahan lain turut dicampurkan,” katanya.
- Agensi

Padah sambut Hari Kekasih

Buraidah (Arab Saudi): Sebuah mahkamah rayuan di sini, semalam mengekalkan keputusan mahkamah jenayah yang menjatuhkan hukuman 39 tahun penjara ke atas lima lelaki, termasuk tiga anggota tentera kerana menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day).
Mereka semuanya warga tempatan ditahan pasukan pencegah maksiat 14 Februari lalu yang menyerbu rumah peranginan di luar bandar ini, tempat kelima-lima lelaki itu berpesta bersama-sama enam wanita.
bukan muhrim mereka.
Turut dirampas dalam serbuan itu sejumlah bunga ros dan arak buatan tempatan.
Kelima-lima suspek mengaku menari dan bertemu secara sulit dengan wanita itu.
Tertuduh pertama dipenjara lima tahun dan juga seribu sebatan, tertuduh kedua dan ketiga, tujuh tahun penjara dengan 1,500 sebatan manakala tertuduh keempat dan kelima dipenjara 10 tahun dan 2,000 sebatan.- Agensi

Sumbat ibu dalam beg

Foto
Denpasar: Mayat seorang pelancong Amerika ditemui dalam beg pakaian di sebuah hotel eksklusif, manakala anak perempuan dan teman lelakinya ditahan berhubung pembunuhan itu, kata polis semalam.
Mayat Sheila von Wiese Mack ditemui disumbat dalam beg berkenaan dan disimpan dalam but sebuah teksi di depan Hotel St Regis, Nusa Dua kelmarin. 
Sumber berkata, mayat Sheila ditemui separuh bogel dengan beberapa kesan kecederaan di kepala. 

“Polis percaya mangsa melawan ketika cuba dibunuh,” katanya.
Ketua Polis Nusa Dua, Djoko Hari Utomo pula berkata Sheila, 62, menginap di hotel lima bintang itu bersama anaknya, Heather, 19, selama beberapa hari sebelum teman lelaki remaja terbabit, Tommy Schaefer, 21, datang untuk tinggal bersama.

“Pada malam Isnin, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Sheila bertengkar dengan Schaefer di lobi hotel. 

“Keesokan hari, Heather dan Schaefer mendaftar keluar dengan membawa beberapa beg pakaian yang polis percaya satu daripadanya berisi mayat Sheila,” katanya. 
Djoko berkata, mayat wanita terbabit ditemui selepas Heather dan Schaefer menghilangkan diri dan ditunggu lama pemandu teksi. 

Siasatan polis, katanya, menunjukkan pasangan terbabit meninggalkan hotel berkenaan melalui pantai di bahagian belakang. 

Polis menjalankan operasi dan mengesan mereka tidur di sebuah hotel di Legian semalam. 

“Ini adalah kes bunuh,” katanya. 

Pemeriksaan menunjukkan mangsa dipukul dengan objek tumpul dan satu daripada jarinya patah. - AFP

Rantai anak

Foto
Langzhou (China): Seorang wanita merantai anaknya di balkoni rumah mereka kerana mencuri motosikal elektriknya.
Wanita itu, A-Qiong Ho, penyambut tetamu di sebuah hotel di Langzhou, di wilayah Sichuan, barat daya China berkata dia berpisah dengan suami ketika anak lelakinya Xiaolong berusia lima tahun. 
Sejak itu A- Qiong berusaha keras mendisiplinkan Xiaolong dan bekerja untuk menyara kehidupan mereka. 

Dia akhirnya hilang sabar dengan sikap anaknya apabila motosikal elektriknya hilang dan anaknya tiada di rumah.
“Saya menyangka dia di rumah membuat kerja sekolah. Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menunggunya hingga pulang beberapa jam kemudian.

“Saya lambat ke tempat kerja dan tidak mempunyai pilihan lain selain menghukumnya,” katanya kepada media. 

Kerana tidak mahu Xiaolong keluar lagi, A-Qiong merantai anaknya di balkoni rumah mereka. 

Tindakan itu memeranjatkan jiran. 

Kerana bimbangkan, mereka membuat aduan kepada polis. 

Polis mengarahkan A-Qiong menjelaskan tindakannya.

Keluarga paling unik

Foto
Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak.
Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai Bianca, Nick dan dua anak mereka.
Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan.
Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai.
Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya.

Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu.

Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran.

Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya.

Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal.

Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. - Agensi

Selasa, 12 Ogos 2014

Bina tandas kurangkan jenayah

Manila: Polis Filipina mempunyai cara unik untuk memenangi hati penduduk setempat dan sekali gus mengurangkan kadar jenayah.
Di kawasan miskin Sta Rita, seorang anggota polis wanita membina tandas dan sistem pili air yang mendapat pujian ramai. 
Sebelum ini kawasan berkenaan dibayangi pelbagai jenayah kerana sebahagian penduduk direkrut samseng untuk mendapatkan wang serta membeli keperluan asas dan ubat-ubatan. 

Pegawai polis itu, Comet Dumangeng berkata, penduduk juga sering sakit kerana kekurangan sistem kumbahan yang baik.

“Kami meminta bantuan kelab kebajikan berhampiran yang membantu menyediakan dana untuk membina tandas lebih elok.

“Kami turut turun padang membantu membina tandas berkenaan,” katanya. 

Kepekaan bekas guru itu ternyata disenangi penduduk setempat. 

Sebagai balasan, Comet, 32, berkata, mereka sering menyalurkan maklumat jenayah kepada polis. 

“Mereka membekalkan maklumat kerana berterima kasih selepas mendapat tandas bersih yang sangat diperlukan,” katanya.- Agensi

7 budak mangsa nafsu luar biasa

Pekanbaru: Penahanan sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam pembunuhan membawa penemuan lebih mengejutkan, lapor media semalam.
Suspek, Muhamad Delvi (MD) dan Dita Desmala Sari (DD) dipercayai menculik kanak-kanak untuk diserang secara seksual sebelum dibunuh. 
Jenayah itu dilakukan bagi membolehkan pasangan terbabit mendapat kepuasan seksual sendiri. 

Ketua Polis Bengkalis, Andry Wibowo berkata, siasatan awal menunjukkan MD dan DD akan mengadakan hubungan seks selepas meliwat serta membunuh kanak-kanak terbabit.

“Selepas dibunuh, mayat itu dipotong-potong,” katanya.

Andry berkata, suspek penduduk Perawang di daerah Siak. 

Katanya, suspek memujuk mangsa dengan menjanjikan makanan ringan sebelum dibawa ke tempat sunyi dan dicabul si isteri. 

“Selepas dicabul, dibunuh dan dicincang, Muhamad Delvi dan Dita akan berasmara,” katanya. 

Sementara itu, siasatan lanjut menunjukkan suspek turut dibantu dua individu lain iaitu Supiyan dan Diki Pranata. 

Mereka ditugaskan memotong kemaluan mangsa untuk disimpan, manakala tubuh dipotong dijual ke kedai arak. 

Pengarah Jabatan Jenayah Daerah Riau, Arif Rahman berkata setakat ini mereka disyaki membunuh sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak di tiga daerah berasingan. 

“Dalang utama jenayah ini ialah Muhamad Delvi, manakala tiga yang lain membantu. 

“Pembunuhan ini berlaku seawal Januari tahun lalu,” katanya. -Agensi

Wanita ajar lelaki ganggu joging makna berani

Bangalore: Ketika India dilaporkan terus dicengkam masalah serangan seksual, keberanian seorang wanita mengajar lelaki mengganggunya menjadi perhatian ramai.
Rakaman aksi berani Veena Ashiya Chindlur itu semakin tersebar di Internet sejak semalam selepas media melaporkannya. 
Berdasarkan laporan, Veena dikatakan sedang berjoging apabila seorang lelaki, KR Suryaprakash, 30, datang mengganggunya secara seksual. 

Sumber berkata, Veena berjoging di kawasan berkenaan setiap hari.

Berang dengan sikap Suryaprakash, Veena tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas begitu saja, sebaliknya dia mengejar sehingga penyerangnya kepenatan.

Rakaman menunjukkan Suryaprakash mula mengalah dan mengikut arahan Veena apabila disuruh melutut sebelum merangkak. 

Tanpa berlengah Veena menendang kepala Suryaprakash dengan kuat. 

Sumber polis berkata, Suryaprakash ditahan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh. 

Veena pula berkata, polis bekerjasama dalam hal itu, namun reaksi segelintir masyarakat prejudis terhadap tindakannya membalas sukar difahami.- Agensi

Ladang ganja dalam hospital

Cardiff: Polis menemui secara tidak sengaja ladang ganja dalam kawasan hospital pesakit mental ketika mereka menjalankan operasi mengesan orang hilang.
Media tempatan melaporkan, penemuan itu dibuat pada 30 Jun lalu, tetapi hanya didedahkan semalam.
Jurucakap polis berkata, penyiasat menemui 30 pokok ganja ditanam di dalam satu daripada wad hospital berkenaan.
Katanya, nilai dadah itu di pasaran dianggar mencecah £32,000 (RM172,000).
“Wad itu tidak digunakan beberapa dekad lalu,” katanya.
Menurut jurucakap polis, hospital berkenaan terletak di Whitchurch, Cardiff.
Katanya, ahli kumpulan sindiket dadah itu dipercayai mencuri bekalan elektrik hospital bagi memasang lampu ultraungu dan kawalan pengudaraan.
Penanaman ganja memang memerlukan haba yang banyak dan sindiket dadah biasanya menggunakan lampu berkuasa tinggi bagi membesarkan pokok berkenaan.
Jurucakap polis berkata, kini mereka memburu pihak bertanggungjawab menanam serta mengendalikan ladang berkenaan.
Sementara itu, pegawai kanan polis Cardiff berkata, mereka mengesahkan kejadian berlaku di Hospital Whitchurch.
Katanya, ketika anggota polis memeriksa wad berkenaan untuk mengesan seseorang yang dilaporkan hilang, mereka terkejut menemui pokok ganja di dalamnya.

Sementara itu, Lembaga Kesihatan Universiti Vale dan Cardiff berkata, mereka akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis.
Pengarah perancangannya, Abigail Harris berkata, kejadian begitu memang dijangka berlaku ke atas bangunan yang sudah lama ditinggalkan.- Agensi

Cerita-Cerita Menarik